There was an error in this gadget

Tuesday, September 22, 2009

Natijah Rmadhan

Ramadhan…
Satu nasib tak serupa,
Peluangnya sama,
Natijah berbeza.

Ramadhan mereka gemilang cemerlang,
Mukmin berjasa di awal zaman,
Ramadhan kami malang terbuang,
Mukmin berdosa di akhir zaman.

Mereka berlumba mengejar maghfirah,
Tapi kami lesu diburu nafsu.

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan,
Takbir kami lesu tak bermaya,
Tanda kalah lemah tak berdaya.

Puasa sekadar lapar dan dahaga.

No comments:

Post a Comment