Monday, October 11, 2010

Tipu warga emas: Umno kutip wang 'haram'


KUALA TERENGGANU, 10 Okt: Sehingga kini tidak ada satu sen pun wang yang dikatakan diserahkan oleh warga emas di negeri itu kepada Umno diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang Ustaz Salleh Man (gambar).

Langkah ini, bagi beliau menunjukkan Umno cuba menipu warga emas di negeri itu dengan membuat provokasi kepada mereka kononnya wang itu haram lalu di serahkan kepada Umno.

"Seperti yang diakui oleh Ketua Menteri, sehingga hari ini satu sen pun wang tersebut belum diserahkan oleh Umno kepada kerajaan negeri. Kalau wang itu haram, serahlah kepada kerajaan negeri," kata beliau dalam ceramahnya dekat Kuala Nerus malam semalam.

Salleh mendakwa, UMNO tidak sudah-sudah memainkan sentimen perkauman dan agama di Pulau Pinang agar orang Melayu bangkit menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.

Padahal selama ini, apa yang dilakukan oleh Umno Pulau Pinang ketika bersama-sama Barisan Nasional yang dipimpin Gerakan memerintah negeri itu, soal Salleh.

"Adakah kerana menerima laba dan kemewahan mereka lupa nasib orang Melayu dan Islam, tapi bila Pakatan Rakyat memerintah mereka baru tersedar selama ini orang Melayu telah dipinggirkan," tanyanya.


Akhirnya, kata beliau, kerajaan Pakatan Rakyat dipersalahkan akibat kesilapan UMNO
selama ini.

Menurut Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, di bawah kepimpinan PR nasib orang Melayu mula terbela di negeri itu.

"Peruntukan sekolah agama rakyat telah disalurkan oleh kerajaan negeri, wang ehsan untuk wargamas diberikan, tabung khairat kematian dan pelbagai kemudahan lagi diberikan kerajaan Pakatan kepada rakyat," katanya.

Kejayaan Kerajaan PR ini sebenarnya melahirkan rasa cemburu dan khianat Umno, katanya.

"Mereka telah dan akan melakukan pelbagai helah dan kerja jahat untuk memburukan imej Ketua Menteri dan kerajaan PR," cerita Salleh dalam ceramahnya itu.

HARTA HARAM, KE MANA MAHU DIBELANJAKAN?

oleh: Hizbut Tahrir Malaysia (http://www.mykhilafah.com)

SN Keluaran 08 Oktober 2010

[SN223] Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP sekali lagi diserang hebat oleh UMNO dan media massa kepunyaan mereka. Kali ini adalah rentetan pendedahan sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang di mana wang tersebut telah digunakan untuk sumbangan kepada warga emas yang miskin [UM 25/09/10]. Hasilnya, puluhan warga emas telah memulangkan semula wang tersebut di dalam majlis ‘besar-besaran’ yang ‘dianjurkan’ oleh UMNO. Hampir kesemua warga emas yang memulangkan wang tersebut diwawancara oleh pihak media yang begitu teruja ingin melaporkan hal itu. Sebagaimana diketahui umum, wang tersebut telah dikembalikan atas alasan bahawa ia adalah bersumber dari judi atau telah bercampur dengan sumber judi.

Sebagai respon kepada pendedahan tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengesahkan bahawa kerajaan negeri memang ada menerima wang derma dari syarikat judi tersebut, namun ia digunakan untuk membantu orang bukan Islam yang miskin kerana di Pulau Pinang terdapat juga golongan bukan Islam yang miskin. Manakala bantuan yang disalurkan kepada orang Islam adalah datang dari hasil lebihan belanjawan negeri yang dapat mereka jimatkan selama ini. Guan Eng menegaskan bahawa beliau tahu haram hukumnya bagi orang Islam menerima wang judi dan beliau tidak berbuat demikian, tetapi UMNO dan media talibarut merekalah yang telah memfitnahnya sedemikian rupa sebagai modal politik bagi mencari semula pengaruh mereka yang sudah hilang di Pulau Pinang [Harakahdaily]. Sebagai reaksi di atas isu ini, mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, sesebuah dana daripada sumber berkenaan (sumber judi) jatuhnya tidak haram jika disatukan dengan dana-dana lain. Beliau juga memberitahu, kerajaan negeri Kelantan juga mendapat sumber kewangan daripada kedai-kedai pajak gadai dan pembayaran cukai arak bagi memperoleh pendapatan [UM 27/09/10]. Manakala Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercadang untuk mengasingkan punca hasil dari sumber judi dan arak daripada punca-punca hasil yang sah tidak lama lagi untuk kerajaan negeri jelapang padi tersebut [Harakahdaily].

Itulah sebahagian dari siri serangan yang dilakukan oleh UMNO ke atas pembangkang sejak kemenangan pembangkang memerintah beberapa negeri selepas pilihanraya umum ke-12 dulu. Kadang-kadang kita merasa pelik dengan kedangkalan berfikir yang mereka tunjukkan. Siapa tidak tahu bahawa kerajaan UMNO adalah kerajaan (yang meluluskan) judi? Baru sahaja negara dikejutkan dengan tindakan maksiat UMNO yang telah meluluskan judi bolasepak sempena piala dunia, kini mereka ingin bercakap tentang kerajaan Pulau Pinang yang mengagihkan hasil judi. Tidakkah mereka ada ‘sedikit kesedaran’ bahawa wujudnya kesemua kelab-kelab judi di Malaysia, termasuklah kelab lumba kuda di Pulau Pinang tersebut adalah berpunca dari hasiltangan mereka sendiri? Begitulah juga dengan industri judi lainnya, kilang arak, kelab malam dan lain-lain benda haram yang tumbuh subur di sekitar Kuala Lumpur, Genting Highland, Bukit Tinggi, Ipoh dan lain-lain, bukankah kesemua ini merupakan ‘anak haram’ yang keluar dari ‘rahim’ UMNO sendiri? Sungguh aneh cara kerajaan sekular ini menangani isu ini di mana hasil judi mereka persoalkan tetapi kelab judi mereka biarkan! Mereka cuba memercik air di dulang seolah-olah tidak tahu bahawa ia akan terpercik ke muka sendiri!

Pengurusan Harta Ghulul Menurut Islam

Keharaman judi di dalam Islam adalah suatu yang qath’ie (pasti). Justeru, harta yang diperolehi melalui perjudian adalah haram untuk dimiliki, dimanfaatkan (sendiri) atau pun diagihkan (kepada orang lain). Firman Allah SWT,

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kalian beruntung” [TMQ Al-Maidah (5):90].

Oleh yang demikian, tidak boleh (haram) adanya sebarang aktiviti atau pusat perjudian di dalam sebuah negara Islam. Jika hal ini wujud, maka pelakunya akan dikenakan uqubat (hukuman) dan harta yang terkumpul (jika ada) dari aktiviti perjudian itu akan diurus mengikut hukum syara’ (akan diterangkan selepas ini). Sebagai Muslim, kita hendaklah faham bahawa walaupun judi haram ke atas orang Islam, namun judi juga tidak boleh dilakukan oleh orang kafir di dalam negara Islam. Hal ini adalah sebagaimana zina, mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Semua ini adalah haram di dalam Islam dan bukanlah keharaman itu semata-mata berlaku ke atas orang Islam, di mana orang kafir boleh berzina, mencuri dan merogol sesuka hati. Kita mesti ingat bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang negara. Maka larangan berjudi, berzina, mengambil riba, mencuri dan sebagainya adalah termasuk di dalam undang-undang negara yang mana rakyatnya tidak kira Islam mahupun kafir dilarang melakukan semua itu dan uqubat akan dikenakan ke atas setiap pelakunya sama ada Muslim mahupun kafir tanpa kecuali.

Itu dari satu sisi. Dari sisi lain yang perlu difahami adalah kedudukan harta yang diperolehi dari sumber-sumber yang haram, sekiranya hal ini memang berlaku di dalam Daulah Islam, bagaimanakah cara Khilafah menguruskannya? Harta yang diperolehi dari para wali/gabenor (pemerintah di peringkat Wilayah), para amil (pemerintah di peringkat Imalah) dan para pegawai negara (penjawat awam) melalui cara yang tidak syar’ie baik ia diperolehi dari harta milik negara atau harta milik masyarakat, dikenali sebagai harta ghulul (curang). Mereka tidak boleh mengambil harta-harta tersebut. Mereka hanya berhak ke atas elaun, imbuhan ataupun gaji yang telah ditetapkan untuk mereka sahaja. Setiap harta yang mereka perolehi melalui (jalan) pemanfaatan jawatan, kuasa atau status kepegawaian mereka, maka harta tersebut dianggap ghulul. Harta tersebut adalah harta haram dan tidak boleh dimiliki kerana ia tidak diperolehi melalui jalan yang syari’e. Mereka wajib mengembalikan harta tersebut kepada pemilik asal jika diketahui dan jika tidak diketahui maka harta itu disita serta diserahkan kepada Baitul Mal (Perbendaharaan). Pengharaman ghulul adalah berdasarkan firman Allah SWT,

“..dan barangsiapa yang curang (yaghlul), pada hari kiamat ia akan datang membawa hasil kecurangannya” [TMQ Ali-Imran (3):161].

Dari Muaz bin Jabal, ia berkata,

“Rasulullah SAW mengutusku ke Yaman. Setelah aku berangkat, baginda mengutus orang lain menyusulku. Aku pun pulang kembali. Rasulullah SAW bertanya kepadaku, ‘Tahukah engkau mengapa aku mengutus orang untuk menyusulmu? Janganlah engkau mengambil sesuatu tanpa izinku, itu merupakan ghulul (kecurangan). Barangsiapa yang berbuat curang, pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dalam keadaan memikul beban kecurangannya. Kerana itulah aku memanggilmu, sekarang berangkatlah untuk melaksanakan tugasmu” [HR Tirmizi].

Di dalam kitab Al-Amwal Fi ad-Daulah al-Khilafah, Syeikh Abdul Qadim Zallum merincikan harta-harta yang termasuk dalam kategori ghulul iaitu:-

Pertama: Rasuah, iaitu harta yang diberikan kepada wali, amil atau pegawai negara dengan maksud memperolehi maslahat mengenai suatu kepentingan yang sepatutnya diputuskan oleh mereka tanpa bayaran. Rasuah adalah haram seluruhnya (mutlak) baik apapun bentuknya, sedikit atau banyak, melalui apa cara sekalipun ia diserahkan atau diterima. Hal ini dinyatakan oleh Nabi SAW melalui Abu Hurairah ra,

“Laknat Allah terhadap pemberi rasuah dan penerimanya di dalam (urusan) pemerintahan” [HR Abu Daud].

Begitu juga dalam hadis lain dari Abdullah bin Amru bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Laknat Allah terhadap pemberi dan penerima rasuah” [HR Tirmizi].

Harta yang diterima melalui cara rasuah wajib dipulangkan kepada pemiliknya (jika diketahui) atau disita dan disimpan di dalam Baitul Mal (jika pemiliknya tidak diketahui) manakala pelaku rasuah, saksi serta perantaranya akan dikenakan uqubat.

Kedua: Hadiah atau hibah yang diperoleh oleh para penguasa atau pegawai negara seperti halnya rasuah. Mereka tidak boleh menerimanya sama sekali meskipun pihak yang memberi hadiah tersebut pada saat itu tidak mempunyai kepentingan tetapi ia ingin memperoleh kepentingan di kemudian hari. Harta jenis ini dikategorikan sebagai haram berdasarkan peristiwa Ibnu Utabiyyah yang ditugaskan sebagai amil zakat oleh Nabi SAW ke suatu tempat. Ibnu Utabiyyah kemudian menyerahkan zakat yang dikumpulnya bersama hadiah yang diberi orang kepadanya. Kemudian Rasulullah SAW mengharamkan hadiah tersebut [HR Bukhari-Muslim]. Sepertimana harta rasuah, harta yang diperolehi dengan cara hibah ini mesti dikembalikan kepada pemiliknya atau dimasukkan ke Baitul Mal.

Ketiga: Harta yang diperolehi para penguasa dan penjawat awam yang berasal dari harta atau tanah milik negara atau milik masyarakat yang diambil dengan jalan pemaksaan, kekerasan, tekanan dan penyalahgunaan kuasa. Kesemua harta yang diperolehi dengan cara ini adalah haram dan merupakan suatu kezaliman. Hal ini sama dengan kecurangan dan pelakunya akan masuk neraka berdasarkan hadis Nabi SAW,

“Barangsiapa yang secara zalim mengambil sejengkal tanah, maka kelak ia akan dikalungi Allah dengan (belenggu seberat) tujuh lapis bumi” [HR Mutafaq Alaih].

Harta ini wajib dikembalikan kepada pemiliknya (jika diketahui) atau dimasukkan ke dalam Baitul Mal (jika pemiliknya tidak diketahui). Tindakan seperti ini pernah dilakukan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz tatkala menerima kekhilafahan dengan mengembalikan seluruh harta dan tanah yang diambil Bani Umayyah dari masyarakat secara tekanan kekuasaan.

Keempat: Harta samsarah (agency/pengejenan) dan ‘amulah (brokerage/komisyen) yang diperoleh para penguasa dan pegawai negara melalui bayaran oleh perusahaan asing atau lokal di atas jasa atau balasan kepada pemeliharaan kepentingan mereka. Seluruh harta seperti ini dianggap sebagai ghulul dan haram hukumnya. Hadis dari Mu’az bin Jabal di atas menjadi dalil kepada keharaman ghulul dalam hal ini. Samsarah dan ‘amulah merupakan harta yang diperolehi oleh penjawat awam tanpa diketahui oleh negara (‘bawah meja’) dan perbuatan ini dianggap sebagai rasuah kerana ia diberikan perusahaan terbabit bagi mendapatkan kontrak atau projek dan sebagainya demi mencapai kepentingan mereka, bukannya kepentingan umat mahupun negara.

Kelima: Harta penyelewengan (misappropriation), iaitu harta yang diperolehi oleh para penguasa dan penjawat awam melalui jalan penyalahgunaan harta negara yang berada di bawah kawalan mereka di dalam membiayai tugas pekerjaan mereka. Termasuk di dalam hal ini misalnya menaikkan jumlah tuntutan (claim) perjalanan, penipuan, pemalsuan dokumen/invois atau mengambil kesempatan di atas kelalaian petugas lain. Semua ini adalah perolehan harta secara ghulul yang wajib disita dan dimasukkan ke dalam Baitul Mal. Umar al-Khattab sering melakukan hal ini di mana beliau ‘mengaudit’ para pegawainya dan mana-mana pegawai yang didapati memiliki kelebihan harta akan disita dan dimasukkan ke dalam Baitul Mal. Pendek kata apa sahaja yang diperolehi oleh penjawat awam melalui cara yang tidak syar’ie, maka harta ini adalah kepunyaan Baitul Mal. Termasuk dalam masalah ini juga adalah harta yang diperolehi oleh seseorang dengan cara ‘penambahan kekayaan’ yang diharamkan oleh syara’ kerana ia adalah perolehan haram dan tidak sah dimiliki. Justeru, sesiapa sahaja yang memperolehi penambahan harta dengan cara (memakan) riba, ia tidak berhak memiliki harta tersebut kerana penambahan harta dengan cara riba adalah dilarang oleh Allah. Wajib mengembalikan harta riba tersebut kepada tuan asalnya (jika diketahui) dan jika tidak diketahui tuannya, maka hendaklah dikembalikan ke Baitul Mal. Begitulah juga dengan harta yang diperolehi dari hasil judi. Ia adalah haram untuk dimiliki atau dimanfaatkan oleh orang tersebut.

Keenam: Harta yang bersumber dari denda yang dikenakan oleh negara ke atas orang-orang yang tersabit kesalahannya sama ada berbuat dosa (maksiat) melanggar undang-undang negara atau peraturan-peraturan administratif dan seumpamanya. Denda ditetapkan oleh Islam berdasarkan sunnah yang diriwayatkan melalui Amru bin Syu’aib dari bapanya dan dari datuknya yang bertanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai buah-buahan di pokok, maka sabda Rasulullah SAW,

“Siapa sahaja yang memetik buah (di atas pokok) sekadar untuk memakannya (kerana keperluan mendesak) dan dia tidak mengambilnya, maka dia tidak dikenakan hukum apapun. Dan siapa sahaja yang mengambil buah dari pokok itu, maka ia dikenai denda dua kali ganda, dan dikenakan hukuman” [HR Abu Daud dan Nasa’ie].

Denda ini merupakan ketetapan Islam di bawah hukuman ta’zir. Khalifah berhak menentukan jenis-jenis kesalahannya dan hukumannya serta kadar denda menurut ijtihadnya.

Demikianlah serba sedikit penjelasan mengenai pengurusan harta-harta ghulul di dalam Islam. Kesimpulannya, harta ghulul hendaklah dikembalikan kepada pemiliknya jika diketahui dan hendaklah dimasukkan ke dalam Baitul Mal jika pemiliknya tidak diketahui. Persoalan seterusnya yang perlu difahami adalah, apabila harta ghulul tersebut telah dimasukkan ke dalam Baitul Mal, maka status harta tersebut kini adalah sebagai milkiyah ad-daulah (hak milik negara) yang mana hak tasarruf (pemanfaatan) harta ini adalah terletak di tangan Khalifah. Oleh itu, Khalifah berhak menyalurkan kepada siapapun warganegara yang memang berhak untuk mendapatkannya. Pada saat harta itu disalurkan, maka status harta tersebut telah berubah menjadi halal bagi siapa sahaja warganegara yang telah menerimanya. Ini kerana, pemberian dari negara merupakan cara yang dibenarkan syara’ (sah) bagi seseorang memiliki harta.

Berbalik kepada apa yang berlaku di Pulau Pinang, antara perkara yang perlu difahami di dalam kes ini adalah ‘status’ Lim Guan Eng itu sendiri sebagai seorang penguasa negeri Pulau Pinang yang bukan beragama Islam. Statusnya tidak ubah sepertimana kedudukan penguasa di Amerika, Britain, Perancis, Sepanyol, China, Brazil dan lain-lain, yakni, sama-sama kafir. Oleh yang demikian, sumber pendapatan negara/negeri yang diperolehi dari hasil judi, arak, pelacuran, saham, insuran dan sebagainya merupakan harta yang ‘halal’ bagi mereka dan mereka berhak memberinya kepada mana-mana warganegara yang mereka kehendaki tidak kira Muslim mahupun non-Muslim, baik itu merupakan pemberian percuma ataupun di dalam bentuk bayaran gaji/upah. Oleh sebab itulah, seorang Muslim tidak dikira berdosa jika bekerja dengan sebuah kerajaan kufur dan menerima gaji dari kerajaan kufur (selama mana jenis pekerjaannya sah di sisi syarak) meskipun sumber pendapatan negara/negeri yang berkenaan adalah dari sumber yang haram seperti judi, arak, cukai, pelacuran dan seumpamanya. Walaupun hakikatnya penguasa kafir tersebut adalah berdosa besar di sisi Allah kerana kekufuran atau kesyirikannya kepada Allah dan sumber haram yang diambilnya serta kerana hukum kufur yang diterapkannya, namun seseorang ‘penerima hadiah/derma’ ataupun ‘penerima gaji’ dari kerajaan kufur tidaklah dikira haram atau berdosa.

Begitulah juga keadaannya dengan penguasa Muslim yang memberi hadiah atau gaji kepada rakyatnya dari sumber yang haram sebagaimana halnya kerajaan Malaysia hari ini. Walaupun penguasa tersebut telah melakukan dosa besar kerana mengambil pendapatan negara/negeri dari hasil judi, arak, cukai, minyak, rasuah, saham, riba dan sebagainya, namun warganegara yang menerima hadiah atau gaji tidaklah berdosa di sisi Islam. Ini kerana, hak tasarruf harta-harta tersebut terletak pada penguasa tadi. Ringkasnya, kita hendaklah membezakan di antara hukum orang yang memberi dan hukum orang yang menerima. Kita juga hendaklah membezakan ‘pihak’ yang memberi itu sendiri dari segi sama ada ia adalah penguasa/kerajaan atau syarikat atau individu. Berbeza dengan penguasa, syarikat atau individu tidak mempunyai hak tasarruf ke atas harta ghulul atau harta haram lainnya. Maka haram bagi syarikat atau individu terbabit untuk mengambil atau memberi harta ghulul dan haram pula bagi seseorang untuk menerima harta ghulul dari syarikat atau individu tersebut. Inilah kedudukan syara’ terhadap harta ghulul yang mana kita lihat masalahnya amat sukar untuk diatasi atau diselesaikan sekarang kerana institusi negara itu sendiri sudah amat korup dan bercelaru. Kerana itulah kita memerlukan sebuah negara Khilafah yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang akan menghilangkan segala keburukan ini dan akan meletakkan hukum Allah di tempat letaknya.

Wallahu a’lam.

Mengapa Bertindak Mengikut Kejahilan?


oleh: ustaz Shauqi Othman

Warga emas yang memulangkan wang yang diberikan kepada mereka oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertindak mengikut kejahilan yang didokong pula oleh mereka yang jahil. Sebelum buat sesuatu, sepatutnya merujuk terlebih dahulu kepada orang yang berilmu.

Sila lihat keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hal ini :-

Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

1.Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;

2.Diserah kepada golongan fakir miskin; atau

3.Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

Keterangan/Hujah:

1.Imam al-Nawawi di dalam kaedah penyelesaian harta haram telah menukilkan pandangan al-Ghazali yang menyatakan jika seseorang lelaki itu memiliki harta haram dan hendak bertaubat serta melepaskan tanggungan daripada harta haram tersebut, maka harta tersebut mestilah diserahkan kepada pemiliknya atau wakil pemilik tersebut. Sekiranya pemilik tersebut telah meninggal dunia, berkewajipan untuk menyerahkan kepada ahli warisnya. Sekiranya pemilik harta tersebut tidak dapat dikenal pasti, maka harta tersebut mestilah diserah (dibelanjakan) kepada maslahah-maslahah umum umat Islam seperti (membiayai pembinaan atau menyelenggara) jambatan, masjid-masjid, dan seumpamanya yang bersangkut-paut dengan urusan orang Islam. Sekiranya tidak digunakan untuk tujuan kemaslahatan umat Islam, harta haram tersebut diserahkan kepada golongan fakir.

2.Sheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika ditanya bagaimana mengurus faedah yang terkumpul di dalam bank konvensional, sama ada hanya perlu dibiarkan sahaja berada di dalam bank konvensional tersebut atau sebaliknya, telah menyatakan bahawa:

a. Faedah-faedah bank yang terkumpul hukumnya adalah sama seperti harta- harta lain yang diperolehi melalui jalan yang haram.

b. Tidak harus seseorang menggunakannya (wang faedah) tersebut kerana tindakan menggunakan wang tersebut adalah termasuk di dalam kategori memakan harta yang diperolehi melalui jalan kezaliman. Tidak boleh dimanfaatkan melalui jalan makanan, minuman, tempat tinggal, membayar cukai dan seumpamanya.

c. Meninggalkan wang faedah itu di dalam bank konvensional adalah haram secara muktamad. Dasar ini telah dipersetujui di dalam Muktamar Bank Islam Kedua di Kuwait oleh ulama’ secara ijma’. Tindakan tersebut hanya akan mengukuhkan lagi ekonomi bank riba dan dikira sebagai menolong dalam urusan maksiat. Menolong perkara yang haram adalah haram.


Sumber: (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain)

Monday, July 12, 2010

AZMIL MUSTAFA-dulu ali setan skrg tak lg



APABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria ?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria . Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia , saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi' dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria .

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana ?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana .

Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami' Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria . Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu.

Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga.

Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia "jangan tengok lelaki" bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak ada.

Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria , dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia , biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah.

Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC.

Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia .

Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England , Afrika Selatan , Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaiman saudara menyara kehidupan di Syria ?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar.

Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak.

Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.

Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Datoʼ Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred ʽAʼ

Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria .

Di sana , anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila "check" ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam ( Syria ), bumi para anbiya'.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat.

Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita.

Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia ?

Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya " Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?" Saya jawab balik, "Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM". Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria . Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.

Sekarang kita kongsi raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini.

Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ʽterjajahʼ. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia , kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?

Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama'. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.

Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosiol yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yangt berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

Thursday, July 8, 2010

Kenapa masuk UMNO?


sumber: http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/

Segala puji dan puja hanya bagi Allah, solat dan salam ke atas Rasulullah, seterusnya:

Soalan ini, 'Kenapa masuk UMNO?' bukan sahaja ditujukan kepada saya, bahkan ditujukan juga kepada rakan-rakan seperjuangan. Cuma, ada yang memahami dan ada yang sukar menerima. Apapun, ingin saya nyatakan di sini kepada ikhwah sekelian bahawa kemasukan kami ke dalam UMNO telah dilakukan selepas pelbagai perbincangan dan penelitian dibuat termasuk mengambil pandangan ulama yang lebih senior.

Tujuan utama kami memasuki UMNO adalah untuk berdakwah dari dalam, untuk kebaikan ahli-ahli UMNO yang kami rasakan amat subur untuk proses peningkatan ilmiah, keagamaan dan kerohanian. Bukanlah tujuan kami untuk menimbulkan keresahan mahupun permusuhan di kalangan para pendakwah baik dalam UMNO mahupun dalam mana-mana parti, juga NGO-NGO. Kami hanya ingin mengambil peluang dan menerima janji pihak atasan UMNO yang ada menawarkan ruang luas untuk kami berdakwah. Dengan izin Allah jua, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menepati prinsip Ahli al-Sunnah wal-Jama‘ah dalam menyebar kebenaran dan berdakwah.

Seawal perbincangan, kami telah dapat merasakan akan timbul di hari penyerahan borang dan selepasnya nanti pandangan yang selesa, sinis dan juga berkecuali. Tetapi itu adalah asam garam perjuangan dakwah. Kami memohon agar Allah Ta‘ala sentiasa memberi petunjuk dan menetapkan pendirian kami dan semua pendakwah dalam melaksanakan usaha pembaikan.

Akhir kata, kami pohon agar semua sahabat yang prihatin terhadap perjuangan kami ini, sentiasa mendoakan agar kami tetap di atas landasan kebenaran bersesuaian dengan ruh Islam yang suci.

* dulu anwar pun guna alasan yg sama gak ustad. hasilnya.....

257,000 anak luar nikah membimbangkan


25 Rejab 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009 wajar membimbangkan semua pihak berwajib, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ini kerana, menurut beliau, sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam.

"Bagi saya, semua pihak perlu bertanggungjawab, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang lebih ketat, ibu bapa perlu ajar agama pada anak-anak," jelas beliau ketika mengulas pendedahan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung perkara itu pada 1 Julai lalu.

Sedangkan, menurut beliau, perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian).

Melihat pada perangkaan rasmi JPN itu, beliau mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil langkah yang lebih dinamik sebagaimana yang diperkenalkan oleh Islam.

"Tak cukup dengan menyediakan khidmat kaunseling dan apa yang sedia ada selagi kementerian wanita tak laksanakan pendidikan Islam dan kempen-kempen yang dinamik supaya rakyat tinggalkan aktiviti penzinaan ini," tegas beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.

Tambahnya, sistem pendidikan yang tidak melahirkan rasa takut kepada Allah menyebabkan mereka yang terbabit tidak gentar dengan undang-undang ciptaan manusia.

"Undang-undang yang ada memang tak menakutkan penzina-penzina ini, kerajaan wajar mengkaji dan jelaskan apakah keindahan dan hikmah di sebalik undang-undang Allah kepada semua rakyat untuk mereka membuat pertimbangan," tambah beliau sambil menyeru kerjaaan melihat inisiatif yang cuba dilaksanakan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Dari segi yang lain, beliau turut mengkritik amalan meletakkan mahar atau 'hantaran' yang agak tinggi sehingga menyukarkan pasangan yang mahu hidup secara beragama dengan berkahwin.

Lanjutan itu, beliau mencadangkan kementerian berusaha untuk mengubah budaya itu, selain meneruskan kempen hidup secara sihat yang sedia ada.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin pula menyalahkan Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana gagal membentangkan dasar pembangunan wanita yang lebih komprehensif untuk menangani gejala sosial seperti penzinaan ini.

"Sudah lama saya membangkitkan soal dasar wanita di Dewan Rakyat, tetapi menteri ini tidak layan," ujar beliau dalam nada yang kesal.

Akibatnya, insiden seperti gadis-gadis Penan yang dirogol oleh para peneroka balak seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat sebelum ini terus berpanjangan.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan sikap sambil lewa menteri sebagai mengkhianati rakyat serta mengajak kaum wanita memilih kepemimpinan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Wednesday, July 7, 2010

PERJUMPAAN DENGAN PELAJAR MELAYU MALAYSIA DI ADELAIDE, DI ISLAMIC DAKWAH CENTRE OF SOUTH AUSTRALIA (IDCSA), PADA 9 JUN 2010

23 Rejab 1431 H
Oleh: Safarizal Saleh

Kepada :
Al Fadzil Sabihul Samaah
Tan Sri Haji Harussani Haji Zakaria
Mufti Kerajaan Negeri Perak,
Pejabat Jabatan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,
Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh.

Perkara di atas adalah dirujuk.
“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah(mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”.(Surah Al-Hajj: Ayat 77)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berasa amat kesal terhadap tindakan Y.Bhg. Tan Sri yang di lihat lebih cenderung berpolitik kepartian dan menggalakkan pergaduhan yang bersifat perkauman.

Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri, pihak kami mendapat aduan yang amat serius kuliah khas Y.Bhg. Tan Sri di sana(Australia) yang bertajuk “Perpecahan Ummah dan peranan kita”jelas mengadu-domba dan tidak sepatutnya berlaku yang mana seluruh rakyat menghormati tinggi peranan sebagai seorang Mufti tetapi sebaliknya.

Di dalam penjelasan isu krisis Negeri Perak juga di lihat Y.Bhg.Tan Sri telah berbohong dengan fakta-fakta yang mengelirukan.Usaha Y.Bhg. Tan Sri kononnya untuk menyatupadukan bangsa Melayu bukannya tiket untuk Y.Bhg. Tan Sri menghukum bangsa lain daripada umat Islam.

Sepatutnya sebagai seorang Mufti,peranan besar Y.Bhg. Tan Sri adalah menjelaskan kedudukan sebenar Agama Islam kepada bukan Islam tetapi sebaliknya berlaku.

Kami ingin menasihatkan agar Y.Bhg. Tan Sri agar menghormati seluruh rakyat yang ada di dalam Negara kita sepertimana termaktud di dalam Perlembagaan Negara. Jika Perlembagaan Negara pun Y.Bhg. Tan Sri tidak dapat menerimanya, bagaimana pula dengan perintah yang telah Al-Quran nyatakan. Usaha Y.Bhg.Tan Sri bukan membaiki hubungan dengan semua pihak tetapi merobohkan hubungan yang telah lama terjalin selama ini.

Dengan laporan dan rakaman yang kami perolehi jelas, Y.Bhg.Tan Sri cuba bermain politik sempit ala perkauman dan terpesong jauh dari amanah oleh Tuanku Sultan Perak dalam menyampaikan ilmu dan penerangan akan kebaikan Islam itu sendiri. Sebagai yang diamanahkan juga, kami berharap Y.Bhg. Tan Sri memohon maaf kepada rakyat Perak atas keterlajuran Y.Bhg.Tan Sri dalam isu ini.Kami juga mengalu-alukan Y.Bhg. Tan Sri untuk bersama-sama duduk dalam pentas politik sekiranya Y.Bhg. Tan Sri benar-benar ingin bermain politik.

Adalah menjadi harapan kami agar Y.Bhg. Tan Sri sedar akan kesilapan yang telah Y.Bhg. Tan Sri nyatakan. Kami juga bersedia bertemu sekali lagi dengan Y.Bhg. Tan Sri bagi menjelaskan kedudukan sebenar akan apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Y.Bhg. Tan Sri selama ini dan kami melihat banyak fakta yang dikemukan oleh Y.Bhg. Tan Sri tidak tepat.

Friday, July 2, 2010

Iktibar Mayat: Mayat Yang Dimuliakan Allah


Ustaz M telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat. Cerita ini diceritakan ketika beliau mengendalikan Kursus pada hari kedua yang bermula pada jam 9.15 pagi.

Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu l ain dan
ada yang nampak berzikir.

Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.

Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti.

Menyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita. Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur . Masa tu, hari Jumaat. Solat Jumaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini. Imam ini memulakan khutbahnya.

Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam….Semua para jemaah terus diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya. Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana
hening seketika.

Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.

Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan l ain yang boleh diucapkan selepas itu melain kan, “Innalillahi w ain na Ilaihi roojiuun…” .

Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.

Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada dibelakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan.

Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini. Sebaik k ain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?

Ya, Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah.

Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah l ain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M. Subhanallah! Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;

“Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya Allah…”

Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam l ain , agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. Pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-Nya!

Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.

Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah arwah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.

Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir. Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan l ain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.

Wallahua’lam.

“Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam” yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.

(*) pengirim email - terima kasih buat saudara cubatrytokai

Iktibar Mayat: Anak Bapak Jiwa Hapak

(Kisah ini berlaku pada tahun lalu, pengalaman benar yang dialami sendiri oleh Ustaz Reza atau dikenali di sini dgn nama pena MRK albanjari)

Foto yang diterbitkan sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan kisah benar dibawah - makluman

2.15 pagi
Saya menerima panggilan telefon dari Hospital Serdang yang meminta saya agar dapat menguruskan jenazah yang meninggal dunia kerana serangan jantung dalam kadar yang segera. Atas dasar tanggungjawab, saya bersama seorang lagi teman pembantu terus bergegas ke hospital yang jaraknya 20 minit perjalanan dari rumah saya. Disaat warga kota metropolitan tidur nyenyak diulit mimpi, saya dan sahabat pula akan menguruskan jenazah yang telah kembali bertemu Penciptanya.

2.40 pagi

Saya selamat tiba di perkarangan bilik mayat hospital Serdang. Kehadiran kami disambut oleh beberapa ahli waris simati, setelah memperkenalkan diri dan tugas saya terus menuju ke bilik mandi mayat hospital. Aneh, dan bermacam gambaran terbit dibenak fikiran, ahli waris yang ada ini sudah pasti anak kepada si mati, tetapi mengapa pula begitu pakaiannya ? Ini perkarangan bilik mayat, bukan pub atau kelab malam.

Yang perempuan masih sendat dengan pakaian ketat menampak lurah dada dan peha, manakala yang lelaki pula ada yang bersubang sebelah. Yang berseluar pendek juga ada. Subhanallah. Jika dilihat kepada deretan kereta mewah di perkarangan bilik mandi mayat ini jelas sungguh mereka ini dari golongan kaya dan berada.

Kini saya telah berada di dalam bilik pemandian jenazah, dihadapan kami, diatas platform telah menanti sekujur tubuh kaku. Mungkin ini jenazahnya yang kita nak uruskan, bisik saya kepada sahabat pembantu.

Tanpa membuang masa, saya pun terus mengukur ketinggian jenazah dan lain-lain perkara untuk urusan menyediakan kain kafan sebagai pakaian terakhir mayat ini. Setelah selesai menyediakan kelengkapan kafan bersama sahabat saya, kami kembali semula masuk ke dalam bilik mandi mayat untuk memandikan mayat itu pula. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 3.20 pagi.

Sungguh besar tubuh mayat ini, sudah ler besar..gempal pula. Jika dilihat dari fizikalnya, mungkin usia jenazah ini lewat 60 an. Oleh kerana saya dan sahabat yang menjadi teman setia saya untuk menguruskan jenazah, dan kami pula masing-masing bertubuh kecil tentu agak sukar bagi kami mengendalikan urusan memandikan mayat ini, mahu tidak mahu bantuan dari ahli waris yg lain sangat diperlukan.

Maka saya pun pergi keluar untuk mendapatkan bantuan daripada ahli warisnya bagi membantu kami menguruskan jenazah tersebut. Ketika saya keluar dari bilik mandi mayat tersebut untuk mendapatkan bantuan saya dapati ahli warisnya sibuk dengan urusan sendiri dengan pelbagai gaya dan rupa, maklumlah awal pagi..ada yang terlentok tidur...bersembang, bersms dan ada juga yang membaca akhbar.

Saya merapati ahli waris yang menyambut saya tadi dan memaklumkan kepadanya bahawa saya perlu bantuan untuk menguruskan jenazah bapa mereka kerana saya tidak mampu melakukanya tanpa bantuan mereka, ini kerana jenazah yang mahu diuruskan itu bertubuh besar dan berat.

" Ustaz, kami tak boleh bantu sebab kami tak pandai. Ustaz jer lah yang buat...berapa pun upahnya kami akan bayar....! Seribu, 2 ribu..cakap saja. Kami bayar ! Tak kan ustaz tak boleh angkat ? Ajak la kawan2 ustaz yang lain...kami bayar! Tak cukup kami tambah lagi...." ujar anak si mati sambil disampuk pula oleh beberapa orang lagi.

Dalam hati saya berkata, betul..lah mereka2 ini 'anak bapak'. Gila kah apa, tak mungkin saya boleh angkat badan mayat tersebut yang saiznya 2 kali ganda saya...bukan masalah duit....kerana saya bukan bekerja ambil upah mandikan mayat. Nak panggil kawan-kawan? Sasau kaa ape ? Pukul 3.30 pagi ni beb!

Saya beritahu mereka bahawa saya memang tak daya dan tak kuat nak angkat mayat tu untuk buka seluar dan pakaiannya. Saya kata kalau mereka tak nak bantu.., saya nak balik sekarang.., lepas ni uruskanlah sendiri mayat bapa kamu tu ! bentak saya dalam nada suara tegas.

Mereka tiada pilihan. Mahu tak mahu akhirnya mereka menggalah dan mereka arahkan pemandu2 mereka sekali masuk membantu saya menguruskan jenazah tersebut. Apabila mereka masuk dalam bilik jenazah tu saya masih mendengar rungutan kecil dari mulut beberapa orang anak simati yang tidak jelas butir katanya namun saya buat tak tahu saja.

Tiba-tiba seorang dari mereka berkata, " eh..cincin ayah ni belum buka lagi laa...cincin mahal ni...." saya terus memandang ke arah jari yang dimaksudkan dan memang saya dapati simati memakai sebentuk cincin emas yang besar.

Tanpa lengah si anak tadi terus cuba untuk menanggalkan cincin tersebut namun usahanya gagal kerana cincin itu sudah mengecil sebab jari simati itu besar, mungkin simati sudah pakai cincin itu dalam tempoh yang sudah lama. Berbagai iktiar serta cara digunakan termasuk melumurkan air sabun di jari simati, bagi mengeluarkan cincin tersebut namun tetap gagal.

Saya biarkan sahaja apa yang mereka nak buat sebab mereka benar-benar nak keluarkan cincin tu lagi pun bagi saya memang wajib dibuka sebab cincin tu adalah sebahagian dari harta pusaka simati. Saya rasa lebih kurang 20 minit baru usaha mereka berjaya. Berjaya menanggalkan cincin tersebut dari jari simati.

Alangkah terkejutnya saya apabila saya lihat rupa-rupanya si anak tadi menanggalkan cincin itu dari jari simati dengan cara kasar, saya dapati hampir separuh kulit jari mayat itu terkoyak akibat dari sentapan kuat untuk menanggalkan cincin tersebut. Tak tahukah mereka, bahawa tindakan mereka itu menyiksa mayat/simati yang juga bapa mereka. Memang 'anak bapak' sungguh waris simati ini.

Dengan bantuan supir-supir anak simati itu, maka siap juga mayat ini kami mandikan. Sungguh jelik bila melihat gelagat anak-anak simati ini apabila tidak seorang pun yang mahu membantu memandikan jasad kaku bapanya, sekadar memerhatikan dari jauh.

Setelah selesai jenazah dimandikan sekali lagi saya minta mereka mengangkat jenazah tersebut keatas tempat kafan, Alhamdulillah pada kali ini mereka membantu mengangkat jenazah tersebut dan tanpa lengah terus membalut tubuh simati dengan kain kafan yang sudah sedia menanti pemakainya.

4.30 pagi
Siap kafan, saya terus berwuduk untuk mensolatkan jenazah tersebut dan saya ajak mereka termasuk anak-anak simati untuk bersama bersolat atas jenazah ini. Tetapi sungguh sedih bila anak-anak simati berkata, "kami tak tahu nak solat jenazah, ustaz sajalah..!"

Apakan daya saya lagi, tak kan masa itu saya nak ajar mereka kaifiat solat jenazah....lalu saya bersama teman tadi mengangkat takbir untuk solatkan jenazah, dari peristiwa ini saya dapati inilah sebenarnya ragam hidup masyarakat kita yang menjauhkan diri dari agama...ayah pula gagal mendidik anak-anak dengan agama yang akhirnya turut merugikan dirinya sendiri jua.

Sesuai dengan peringatan Nabi, " apabila matinya anak adam akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara, iaitu anak-anak yang soleh yang mendoakannya....."

Hmm.., nak doa apa bendanya kalau anak tidak di didik dengan agama. Seperti mana peristiwa ini dimana anaknya boleh kata kami tak tahu solat jenazah dihadapan jenazah ayah mereka sendiri. Subhanallah, Maha Berkuasa Allah swt. atas makhluk, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Besar.

Thursday, July 1, 2010

SURAT TAMRIN TUN GHAFAR

SURAT TERBUKA BERHUBUNG LESEN JUDI


Yang Berhormat Dato’ Jamil Khir Baharom

Menteri diJabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA


Assalamualaikum w.b.t.


Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.


Yang Berhormat Dato’,


Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.


Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda:


“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.


Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian saya terhadap isu lesen judi bola sepak yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dan bertindak dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.


Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen judi tersebut.


Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO ( PAKKU ) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.


Yang Berhomat Dato’,


Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik Kerajaan untuk mengatasi ketidakupayaan polis?


Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?. Kita semua tahu samada lesen lesen judi ujud atau tidak, perjudian tanpa lesen tetap aktif.

Kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak menanganinya mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan yang menyimpang daripada hukum-Nya.


Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan dikalangan ramai apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa pihak lain? Dan apakah ianya juga sebagai ‘pay back’ kepada pihak berkepentingan?


Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut diluluskan tanpa dibincangkan dalam mesyuarat kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?. Rakyat khasnya masyarakat Islam masih ternanti nanti pendirian terbuka Yang Berhormat Dato’ didalam hal lesen judi ini.


Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا


Ertinya : Mereka bertanya kepada kamu ( wahai Muhammad ) tentang arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)


Dan juga larangan selanjutnya


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Ertinya ; Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)


Yang Berhormat Dato’


Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara ini di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama pula Kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam. Bukankah ini membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?


Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak semula buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Kita patut merasa malu kerana Malaysia adalah merupakan negara yang mempunyai pelbagai jenis lesen judi yang terbanyak di rantau sebelah sini.Percayalah jika ahli ahli UMNO terus mengamalkan sindrom membisu dan mengampu dan pemimpin pemimpinya pula bertindak sesuka hati tanpa mengambil kira hukum ALLAH dan perasaan sebahagian besar masyarakat maka UMNO juga akan menerima nasib yang sama seperti parti parti LDP diJepun, Golkar diIndonesia dan Labour diBritain.


Sebenarnya hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam mahu pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras . Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia?


Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.

Justeru, izinkan saya memetik ucapan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 H. baru baru ini.


Berikut adalah petikan ucapanya itu :


“Sebenarnya, sifat-sifat kenabian Baginda iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) merupakan ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan dan hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasi bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif. Maka sudah tentulah pemimpin-pemimpin masyarakat, pentadbir, golongan profesional dan seluruh umat umumnya perlulah berusaha memiliki sifat-sifat ini dan mencontohi tingkah laku Rasulullah dalam setiap tindakan dan pekerjaan yang kita lakukan.”


Soalnya, apakah tindakan meluluskan lesen judi tersebut boleh disifatkan sebagai mencontohi tingkah laku Rasulullah s.a.w. Bukankah ianya jelas bercanggah dengan saranan yang diucapkanya itu. Bagaimana hendak membolehkan anak ketam berjalan lurus sedangkan bapanya berjalan senget.


Yang Berhormat Dato’,


Pada kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:


i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA


Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.


ii) BELENGGU HUTANG

Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.


iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK


Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi

oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral. Sebagai bukti seperti mana yang tersiar dibeberapa akhbar baru baru ini seorang penuntut di Kelang, Selangor berjudi bola sepak antarabangsa melalui online telah mengakibatkan keluarga beliau kerugian RM8 juta. Beliau mula bermain judi tersebut pada umur 16 tahun. Itu baru hanya satu kes sahaja yang dilaporkan.


iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN


Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.


Saya khuatir jika sekiranya Kerajaan terus bertindak dengan rancanganya hendak menghapuskan segala bentuk sabsidi yang dinikmati rakyat selama ini ianya akan memaksa lebih ramai rakyat berpaling kepada perjudian sebagai jalan terdekat mengatasi maasalah kehidupan harian mereka.


Hakikatnya yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.


Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka terus membunuh dan melakukan berbagai jenis kekejaman terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis. Lihatlah apa yang sedang dilakukan oleh regim Israel terhadap misi bantuan kemanusian di Gaza.


Lihat saja pasport antarabangsa kita, hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka ( Majlis Fatwa Kebangsaan ) juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu judi ini.


Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama melalui Majlis Raja Raja memainkan peranan agar segala bentuk lesen perjudian dibatalkan serta merta. Yang Berhormat Dato’ saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak tidak kira siapa pun akan dipertanggung jawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.


Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:


“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” ( An Nahl : 116 )


Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah ( bala petaka ) turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita.

Sabda Nabi SAW,


“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].


Saya akan bersama sesiapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini walaupun ianya akan mengundang perbagai kritikan dan tindakan daripada mereka yang berkepentingan. Saya berdoa agar seluruh rakyat sama ada Islam mahu pun bukan Islam tanpa mengira pangkat dan kedudokan dan fahaman politik bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya kemungkaran judi ini kerana ianya juga suatu yang amat jelas yang dituntut oleh Agama. Bertindaklah sebelum terlambat.


Untuk Yang Berhormat Dato’, saya doakan agar segala tindakan Dato’ berhubung isu lesen judi ini diberkati Allah s.w.t kerana Dato’ juga tidak akan terlepas daripada soalan Munkar dan Nankir seperti saya dan semua yang lain.


Saya ucapkan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Dato’ membaca seterusnya meneliti isi surat saya ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.


Sekian. Wassalam.

Yang Ikhlas,


TAMRIN TUN GHAFAR

tamrin1107@gmail.com

31hb. Mei 2010


Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja Raja Melayu
YAB Datok Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO

YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO

Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Mufti Mufti

Media cetak dan elektronik

Monday, June 21, 2010

"Ayah, saya dah bersedia...."


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Intaha.

Kisah ini saya petik daripada satu emel yang saya buka pagi ini. Emel yang dihantar kepada salah satu yahooroups yang saya sertai.

Saya abadikan petikan kisah ini di dalam blog saya, dengan satu pertanyaan, "Apa yang telah aku lakukan untuk bawa diri dan manusia lain dapat mengabdikan diri kepada Allah?"

Hanya airmata yang telah menjawabnya... Oh Allah!

Friday, March 19, 2010

Jom Heboh di Kelantan ada kelainan

M Faqih (harakahdaily)

KOTA BHARU, 19 Mac: Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas.

Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan.

Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Mereka bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini.

“Datuk Takiyuddin Hassan sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab memberi penekanan mengenai perkara itu pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini,” katanya.

Karnival Jom Heboh TV3 sebelum ini lebih dikenali sebagai Sure Heboh diadakan di seluruh negara kecuali Kelantan.

Bagaimanapun, TV9 pernah menganjurkan program Sua Rasa dan Perkampungan Hadhari di Kota Bharu sebelum ini tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri.

Program Jom Heboh akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dengan menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti jabatan-jabatan kerajaan negeri dan agensinya.

Nasruddin juga berkata, sebuah khemah besar yang dinamakan sebgai Kota Ilmu disediakan pihak penganjur untuk dijadikan tempat solat dan pameran program Jejak Rasul.

“Dijangka Pemangku Raja akan hadir pada program al Kuliyyah yang akan disiarkan secara langsung pada petang 26 Mac yang bakal diadakan di khemah tersebut.

“Selain itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco dijemput untuk mengisi program Talk Show,” katanya.

Program dua itu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 malam.

Beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan terbabit dalam pameran dan aktiviti interaktif iaitu Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Pusat Penerangan Pelanconga

Tuesday, March 16, 2010

Perutusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Sempena 2 Tahun Pakatan Rakyat



Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.


Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:


1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.


2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.


3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.


4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.


5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.


Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.


Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.


Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.


Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.


Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.


Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]


Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.

Monday, March 15, 2010

AKTA KEGANASAN RUMAHTANGGA 1941

oleh: Nor Aini Abdullah
SUBJECT: Criminal Procedure, Litigation Malaysia [1996]4 CLJ lv

Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta) membekalkan perlindungan ke atas mangsa-mangsa keganasan rumahtangga. Mangsa dalam Akta ini termasuk wanita.

Seksyen 2 Akta mentakrifkan istilah "keganasan rumahtangga" sebagai:

Seseorang itu

a) secara bersengaja atau dengan sedar meletak atau cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;

b) menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa dengan suatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;

c) paksa atau mengancam untuk melakukan apa-apa perbuatan seksual atau yang lainnya; yang mana mangsa itu berhak untuk tidak melakukannya;

d) mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau

e) dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan, kesedihan, atau keganasan kepada mangsa itu, melakukan khianat atau kemusnahan atau kesesakan kepada harta.

terhadap: (orang-orang yang dilindung)

i) isteri atau suaminya

– meliputi isteri atau suami de facto, iaitu seseorang yang telah melalui suatu bentuk istiadat yang diiktiraf sebagai istiadat perkahwinan mengikut agama atau adat pihak-pihak yang berkenaan; walaupun istiadat itu tidak didaftarkan atau tidak dapat didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan upacara dan pendaftaran perkahwinan.

ii) bekas isteri atau suami

iii) kanak-kanak

– merupakan golongan yang berumur di bawah 18 tahun yang tinggal sebagai seorang anggota keluarga pesalah atau keluarga isteri atau suami atau bekas isteri atau suami pesalah mengikut mana-mana yang berkenaan.

iv) orang dewasa yang tak berkeupayaan

– seorang yang pada keseluruhannya atau sebahagiannya tidak berkeupayaan atau lemah sebab hilang upaya fizikal atau mental atau tidak sihat atau usia tua (ageds) yang tidak sebagai seorang anggota keluarga pesalah.

v) mana-mana anggota lain keluarga, iaitu

1) i) anak lelaki atau anak perempuan dewasa

ii) ibu atau bapa, pesalah itu; atau

2) i) abang, kakak atau adik; atau

ii) mana-mana saudara lain, iaitu

seorang yang mempunyai hubungan persaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa, atau pertalian darah seibu atau sebapa atau melalui perkahwinan atau pengangkatan, termasuk pengangkatan de facto.

Seksyen 3 mengatakan bahawa Akta ini tidak mengurangkan peruntukan-peruntukan Kanun Kesiksaan atau mana-mana undang-undang bertulis lain berhubungan dengan kesalahan, terhadap orang atau harta.

Walaupun s. 2 mentakrifkan istilah ‘keganasan rumahtangga’ tetapi seksyen ini tidak pula mengatakan bahawa ‘keganasan rumahtangga’ itu merupakan satu kesalahan jenayah dengan hukuman dan penalti yang tersendiri.

Ketinggalan ini dengan sendiri telah melemahkan pemakaian Akta ini dalam menunaikan tujuan murninya untuk memberi perlindungan. Jadi, jika suatu perbuatan keganasan rumahtangga berlaku dan perbuatan ini mahu dijadikan suatu jenayah, maka mangsa terpaksa merujuk kepada perundangan yang sedia ada bagi kesalahan-kesalahan serangan dalam Kanun Kesiksaan.2 Prosedur pelaksanaannya pula dijalankan oleh pihak polis dan ia ditentukan oleh Kanun Acara Jenayah3 (KAJ). Amnya mengikut Kanun Acara Jenayah, pihak polis hanya dikehendaki menyiasat kesalahan-kesalahan yang ‘seizable’4 kecuali terdapat perintah dari Pendakwaraya untuk berbuat demikian.5

Aturcara pelaksanaan ini meninggalkan kesan yang serius kerana elemen-elemen keganasan rumahtangga melibatkan tumbukan, melukakan, serangan, hentaman dan lain-lain. Jadi, segala keganasan ini akan diklasifikasikan di bawah s. 319 Kanun Kesiksaan yang merupakan suatu kesalahan ‘non-seizable’ yang mana merupakan satu kesalahan yang bukan serius, maka tangkapan serta merta itu tidak akan berlaku kecuali wujud perintah daripada Pendakwaraya. Untuk mewujudkan kesalahan-kesalahan keganasan rumahtangga sebagai kesalahan-kesalahan ‘seizable’, maka pesalah perlu gunakan senjata atau cara merbahaya untuk mengakibatkan kesakitan, barulah pihak polis akan bertindak dengan serta merta. Pemakaian Akta 521 ini dengan bergantung kepada Kanun Kesiksaan dan Kanun Acara Jenayah tidak mewujudkan apa-apa perubahan-perubahan luar biasa untuk mengukuhkan kedudukan kuasa polis untuk menyiasat dalam kes-kes keganasan rumahtangga.6

Seksyen 4 memperuntukkan:

(1) Mahkamah boleh sementara menunggu penyiasatan berhubungan dengan suatu perbuatan keganasan rumahtangga; mengeluarkan perintah perlindungan interim yang menghalang pesalah daripada menggunakan kekerasan rumahtangga terhadap isteri atau suami atau bekas isteri atau suaminya atau kanak-kanak atau orang dewasa yang tak berupaya atau mana-mana anggota lain keluarga;

(2) dan perintah interim ini tamat bila penyiasatan tamat.

Mahkamah boleh keluarkan beberapa jenis perintah perlindungan, iaitu:

a) perintah perlindungan yang menghalang pesalah daripada menggunakan keganasan rumahtangga terhadap pengadu;

b) terhadap kanak-kanak;

c) terhadap orang dewasa yang tidak berupaya; dan

Mahkamah dalam mengeluarkan mana-mana perintah tersebut boleh menyekat pesalah daripada menghasut orang lain untuk melakukan keganasan terhadap orang yang dilindungi.7

Perintah-perintah lain yang boleh dikeluarkan oleh Mahkamah bagi melindungi orang-orang dalam s. 5 ialah, jika Mahkamah berpuas hati atas imbangan kebarangkalian (‘on the balance of probabilities’) ia adalah perlu bagi perlindungan dan keselamatan, mengeluarkan satu atau lebih perintah-perintah berikut:

(a) Tertakluk kepada sub-seksyen 6(4), memberi orang yang dilindungi hak eksklusif untuk mendiami tempat kediaman bersama; secara keseluruhan atau bahagian tertentu dan mengeluarkan ‘pesalah’ (pendera) walaupun kediaman itu kepunyaan pesalah atau bersama atau disewa pesalah atau bersama.

(b) melarang atau menyekat ‘pesalah’ daripada memasuki tempat kediaman bersama atau kediaman atau kediaman alternatif orang yang dilindungi atau tempat kerja atau sekolah atau institusi lain orang yang dilindungi atau melarang membuat hubungan diri dengan orang yang dilindungi melain dengan kehadiran seorang pegawai penguatkuasa atau orang lain yang dinyatakan dalam perintah;

(c) menghendaki ‘pesalah’ membenarkan orang yang dilindungi memasuki kediaman bersama atau kediaman pesalah dengan ditemani oleh pegawai penguatkuasa untuk mengambil barang kepunyaan orang yang dilindungi;

(d) melarang ‘pesalah’ membuat perhubungan bertulis atau telefon dengan orang yang dilindungi dan menyatakan hal-hal keadaan terhad sahaja yang dibenarkan;

(e) menghendaki ‘pesalah’ membenarkan orang yang dilindungi menggunakan kenderaan yang sebelum itu biasanya digunakan oleh orang yang dilindungi;

(f) lain-lain perintah dan arahan perlu dan simpanan.8

Amnya, semua perintah-perintah di bawah s. 6 ini berkuatkuasa tidak melebihi 12 bulan dari tarikh ia dikeluarkan.

Perintah-perintah s. 6(1)(a) - (f):

a) boleh dibuat atau dibuat semula atas perlanggaran perintah perlindungan mengikut s. 9; atau

b) boleh dilanjutkan tapi tidak boleh melebihi 12 bulan dari tarikh habis tempoh perintah asalnya; jika Mahkamah berpuashati walaupun tiada berlaku perlanggaran sebenar tapi perlanjutan perlu bagi perlindungan dan keselamatan diri orang yang dilindungi.

Perintah larangan atau sekatan atau menghuni atau memasuki terhadap kediaman ‘pesalah’ atau bersama tidak akan menyentuh apa-apa hakmilik atau kepentingan pesalah atau tuanpunya premis.

Mahkamah tidak boleh mengeluarkan suatu perintah untuk mengeluarkan pesalah daripada tempat kediaman bersama yang dipunyai atau disewa keseluruhannya olehnya atau bersama. Melainkan jika Mahkamah berpuashati tidak ada jalan lain untuk menjaminkan keselamatan orang yang dilindungi itu pada masa itu; dan perintah mengeluarkan ini jika dibuat, hendaklah dalam keadaan di mana kediaman bersama itu dipunyai atau disewa keseluruhannya oleh pesalah atau dipunyai atau disewa bersama dan perintah ini boleh dibatalkan jika;

a) suatu kediaman alternatif yang sesuai didapati bagi orang yang dilindungi; atau

b) dibatalkan atau diubahsuaikan bila Mahkamah berpuashati ia tidak lagi perlu bagi menjaminkan keselamatan diri orang yang dilindungi.

Ubahsuai ertinya perintah keluar daripada keseluruhan tempat kediaman kepada sebahagian tempat kediaman atau vice versa.

Mahkamah jika berpuashati boleh menyertakan kuasa menangkap pesalah yang telah diberi perintah perlindungan atau perintah perlindungan sementara jika kecederaan fizikal berkemungkinan berlaku atas orang yang dilindungi.

Jika pesalah melanggar perintah-perintah yang dikeluarkan di bawah ss. 4(1) atau 5(1) atau 6(1)(a) atau (b), pegawai polis boleh menangkap pesalah tanpa waran dibuat terhadap pesalah.

Jika pesalah ditangkap di bawah s. 7(2):

a) pesalah hendaklah dibawa di hadapan Hakim dalam tempoh 24 jam dari masa dia ditangkap; dan

b) dia tidak boleh dibebaskan dalam tempoh itu kecuali atas arahan Hakim, tapi dia tidak boleh ditahan seterusnya di bawah s. 7(3) ini.

Hakim termasuk seorang Majistret.9

Pesalah yang melanggar perintah perlindungan atau mana-mana seksyen lain boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pesalah yang melanggar perintah perlindungan dengan menggunakan kekerasan atau keganasan boleh didenda tidak lebih daripada RM4,000 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam kes perlanggaran kali kedua, dia boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 72 jam dan tidak lebih daripada dua tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi RM5,000.

Perintah perlindungan termasuk perintah perlindungan interim.10

Seksyen 9 memperuntukkan:

Mahkamah boleh membuat perintah perlindungan yang baru seperti perintah-perintah dalam s. 6(1) jika perintah perlindungan awal dilanggar dan tarikh penguatkuasaannya mengikut tarikh keluar perintah baru.

Mangsa keganasan rumahtangga boleh menuntut pampasan daripada pesalah melalui Mahkamah jika mangsa mengalami:

a) kecederaan diri

b) kerosakan kepada harta

c) kerugian kewangan

dan Mahkamah akan membenarkan tuntutan itu sebagai mana yang difikirkannya adil dan munasabah.

Tuntutan pampasan boleh dibuat sebagai suatu tindakan sivil tanpa mengambil kira tindakan jenayah telah atau tidak diambil atas kesalahan yang sama.

Mahkamah dalam mendengar tuntutan bagi pampasan boleh mengambil kira faktor-faktor berikut:

a) kesakitan dan penderitaaan mangsa itu; jenis dan takat kecederaan fizikal atau mental (berkaitan dengan kesesuaiannya);

b) kes rawatan perubatan bagi kecederaan itu;

c) apa-apa kehilangan pendapatan yang berbangkit daripadanya;

d) jumlah atau nilai harta yang diambil atau dimusnahkan atau dirosakkan;

e) perbelanjaan perlu dan munasabah yang ditanggung oleh mangsa, apabila mangsa terpaksa berpisah atau dipisahkan daripada defendan oleh kerana keganasan rumahtangga seperti:

i) perbelanjaan penginapan yang disumbangkan kepada tempat selamat atau tempat berlindung; persoalan yang timbul ialah – adakah ini termasuk nafkah;

ii) perbelanjaan pengangkutan dan pemindahan;

iii) perbelanjaan yang dikehendaki dalam menubuhkan suatu rumahtangga berasingan tertakluk kepada s. 10(4), iaitu:

a) amaun pinjaman perumahan atau

b) bayaran sewa semua atau sebahagiannya kediaman bersama atau alternatif, mengikut pertimbangan keadilan dan munasabah Mahkamah.

Dalam menimbangkan perbelanjaan perlu dan munasabah dalam s. 10(3)(e)(iii), Mahkamah boleh juga mengambil kira:

a) kedudukan kewangan mangsa dan defendan;

b) perhubungan antara mangsa dan defendan dan persoalan-persoalan kemunasabahannya menghendaki defendan membuat pembayaran;

c) kemungkinan providing lain diambil di antara pihak-pihak itu dan samada ia lebih sesuai dilaksanakan di bawah undang-undang yang lebih relevan bagi orang-orang berkenaan.11

Mahkamah pula dalam memberi perintah perlindungan, boleh sebagai ganti atau tambahan, mengeluarkan satu atau kedua-dua perintah berikut:

a) bahawa pihak-pihak berkenaan dirujukkan kepada badan pendamai12

b) satu atau lebih pihak kepada pertikaian dirujukkan kepada terapi pemulihan psisoterapi atau lain-lain kaunselling pendamaian yang sesuai.

Mahkamah boleh juga beri perintah dari s. 11(1)(a) dan (b) ini semasa mendengar tuntutan untuk suatu pampasan. Mahkamah dalam menimbangkan perintah di bawah s. 11(1) boleh, apabila praktik mengambil nasihat seorang pegawai kebajikan atau mana-mana orang lain yang terlatih atau berpengalaman.

Badan pendamai ialah perkhidmatan atau kaunseling yang diadakan oleh badan-badan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jika pihak-pihak tersebut adalah orang Islam – ia meliputi juga badan-badan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam berkenaan.13

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah pada hari ini wujudnya badan-badan kaunseling yang terlatih kepakarannya dalam bidang kaunselling di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di setiap negeri di Malaysia ini?

Perintah perlindungan sementara atau interim boleh diminta sementara menunggu penyiasatan oleh pihak polis berikutan maklumat mengenai suatu keganasan rumahtangga.14

Persoalan-persoalan yang boleh timbul di sini ialah, bila mangsa membuat aduan atau memberi maklumat kepada polis mengenai suatu keganasan rumahtangga; bolehkah mangsa selepas itu terus memohon untuk suatu perintah interim dari Mahkamah, atau perlukah mangsa tersebut kembali dan menunggu sehingga pihak polis membuat penyiasatan lanjut mengenai aduan itu; dan pada tahap mana atau siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu mangsa bahawa polis telah atau sedang menjalankan penyiasatan terhadap pengaduan mangsa bagi membolehkannya memohon suatu perintah interim?

Persoalan ini perlu jawapan segera bagi menjayakan pelaksanaan Akta ini.

Perintah perlindungan boleh diminta jika wujudnya suatu prosiding jenayah di bawah Kanun Keseksaan atau mana undang-undang bertulis lain apabila tertuduh dipertuduh dengan suatu kesalahan yang termasuk dalam takrif keganasan rumahtangga:

a) sebagai suatu syarat untuk membebaskan tertuduh dengan jaminan atau pada mana-mana peringkat lain prosiding itu; atau

b) semasa mengkompaunkan kesalahan itu bawah s. 260 Kanun Prosedur Jenayah.15

Aduan boleh dibuat di mana-mana daerah, di mana

a) pengadu itu tinggal;

b) pesalah itu tinggal;

c) keganasan yang dikatakan itu berlaku; atau

d) mangsa itu ditempatkan buat sementara dan hendaklah didengar oleh Mahkamah dengan seberapa segera yang praktik.16

Bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak berupaya untuk membuat aduan; ia boleh dibuat oleh penjaga atau saudara atau orang yang bertanggungjawab menjaga atau oleh seorang pegawai penguatkuasa.17

Mahkamah mesti menyediakan suatu rekod pendaftaran mengenai semua aduan di bawah Akta ini dan segala perintah perlindungan dan perlindungan interim yang dikeluarkan oleh Mahkamah.

Rekod ini mesti mengandungi butir-butir berikut:

a) nama, jantina dan perhubungan pihak-pihak itu;

b) jenis keganasan rumahtangga, samada melibatkan senjata atau mengakibatkan kecederaan diri dan samada ia memerlukan rawatan;

c) tarikh kuatkuasa dan terma-terma setiap perintah yang dikeluarkan.18

Pendaftar Mahkamah, dalam masa 24 jam dari saat suatu perintah perlindungan atau perlindungan interim dikeluarkan oleh Mahkamah, hendaklah memberi satu salinan kepada pegawai polis yang bertanggungjawab bagi daerah di mana pesalah tinggal dan pegawai polis ini hendaklah menfailkan bukti penyampaian dari pendaftar Mahkamah dalam tempoh tujuh hari selepas penyampaiannya.19

Seksyen 18 pula memperuntukkan:

Mana-mana orang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan keganasan rumahtangga telah berlaku atau sedang berlaku boleh memberi maklumat kepada seorang pegawai penguatkuasa. (This is a good section).

Si pemberi maklumat yang suci hati ini tidak boleh menanggung apa-apa liabiliti kerana fitnah atau lain-lainnya.

Tugas-tugas pegawai penguatkuasa termasuklah:

a) membantu mangsa keganasan rumahtangga untuk memfailkan aduan berkenaan;

b) mengadakan atau mengaturkan penangkutan bagi mangsa itu ke kediaman alternatif atau tempat selamat atau tempat berlindung sekiranya pengangkutan diperlukan.

(Rujuk s. 2 – takrif ‘tempat selamat atau tempat berlindung’ ertinya mana-mana rumah atau institusi yang diselenggarakan atau diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau oleh mana-mana agensi atau pertubuhan sukarela lain yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud Akta ini, atau mana-mana tempat lain yang sesuai (yang mana penghuninya bersedia untuk menerima mangsa itu buat sementara waktu).

Kecuali keganasan rumahtangga itu tergolong di bawah kesalahan-kesalahan ‘non-bailable’ atau tidak boleh dijamin seperti yang tertera di dalam Jadual I Kanun Prosedur Jenayah. Kalau ia merupakan kesalahan-kesalahan ‘bailable’ atau boleh jamin maka polis tidak ada kuasa untuk menangkap kecuali dengan izin Mahkamah atau pendakwaannya atau dengan waran tangkap.

Persoalan-persoalan lain yang boleh timbul bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta 521 ini ialah:

1) Adakah pihak polis tahu tugas-tugasnya dalam Akta ini?

2) Adakah pihak polis hanya menguruskan pengangkutan ke tempat kediaman? atau

3) Bagaimana jika mangsa tidak punya tempat kediaman alternatif? Bolehkah polis menguruskannya?

4) Adakah pengurusan pengangkutan dan kediaman ini dibuat selepas suatu aduan di buat atau mangsa kena tunggu? Berapa lama dan di mana?

c) mengadakan atau mengaturkan pengangkutan bagi mangsa itu ke hospital atau tempat kemudahan perubatan yang terdekat bagi rawatan kecederaan sekiranya rawatan itu diperlukan.

(seksyen kecil ini membawa secara tersirat segala tugas pegawai penguatkuasa terhadap mangsa adalah immediate).

d) menjelaskan kepada mangsa itu hak mendapat perlindungan terhadap keganasan rumahtangga;

e) menemankan mangsa ke kediaman mangsa itu atau kediaman sebelumnya untuk mengambil barang-barang kepunyaannya.

Pegawai penguatkuasa adalah juga pegawai polis mempunyai tugas-tugas tambahan, iaitu:

a) menjalankan kuasa-kuasa penangkapan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain;

Persoalan di bawah Akta ini tiada kuasa diberi kepada polis untuk menangkap.20 Menteri punya kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi penyelenggaraan Akta.

Penyelenggaraan termasuk:

a) daftar atau rekod Mahkamah;

b) borang-borang tertentu untuk maklumat, laporan, aduan, perintah atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta;

c) prosedur memfailkan kes;

d) pembuatan pencarian dan pemberian salinan dokumen-dokumen tertentu;

e) penetapan fee atau bayaran yang boleh dikenakan;

f) lain-lain perkara yang dibenarkan oleh Akta.21

Nota kaki:

1. Akta 521.

2. Kanun Kesiksaan (N.M.B. Bab 45) s. 351.

3. Kanun Acara Jenayah (N.M.B Bab 6).

4. Ibid, s. 2.

5. Criminal Procedure in Malaysia, Mimi Kamariah Majid, Department of Publications, University of Malaya, 1987, p. 59.

6. Rujuk "Domestic Violence Act 1994: An End To A Nightmare" [1995] 1 MLJ x1i-lii.

7. Seksyen 5.

8. Seksyen 6.

9. Seksyen 7.

10. Seksyen 8.

11. Seksyen 10.

12. Seksyen 4.

13. Seksyen 11.

14. Seksyen 12.

15. Seksyen 13.

16. Seksyen 14.

17. Seksyen 15.

18. Seksyen 16.

19. Seksyen 17.

20. Seksyen 19.

21. Seksyen 20, Peraturan-peraturan Menteri ini yang sedang dinantikan bagi menguatkuasakan Akta ini.