There was an error in this gadget

Tuesday, December 1, 2009

TARIAN POCO POCO: Merosakkan Aqidah??


"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia seperti yang pernah diperkatakan oleh ramai orang sebelum ini. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Masya Allah...saya sendiri tidak pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi, saya menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.

Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini. Saya percaya masih banyak aktiviti riadah yang boleh dilakukan untuk menyihatkan badan malah aktiviti solat wajib dan solat sunat yang sering dilakukan juga sudah jelas sangat bermanfaat kepada kita. Ia juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh menyihatkan badan.

Semoga cerita mengenai tarian poco-poco mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

Nauzubillahiminzallik...

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    Utk pengetahuan saudara, saya salah seorg ahli yang mengikuti tarian poco poco pada setiap hari kecuali khamis. Pernahkah saudara sendiri mengikuti dan mempelajari tarian poco poco ini. utk pengetahuan saudara, ia tidak dimulakan dgn arah kiri tetapi kanan. Oleh kerana saya mengikuti tarian ini lah, saya kini seorg yg lebih sihat dr sebelumnya. Jika sebelum ini saya mempunyai maslah darah tinggi..tp kini tak lagi setelah mengikuti kelas poco poco selama 4 bulan.
    Apa yg saudara tau mengenai tarian poco2? Pada pandangan saya apa yg penting adalah niat kita. Klu dh niat kita menari poco2 itu utk menyembah makhluk lain, sudah tentu itu yg menyimpang akidah. Klu x menari poco2 pun klu niat nak sembah makhluk lain atau agama lain, maka dah tentu tak boleh kan.
    Poco poco adalah satu cara senaman yang dapat memberikan kesihatan yg baik kepada kita. Kelas yg saya ikuti, hanya terdapat ahli perempuan dan kami semua melakukannya utk tujuan kesihatan.
    Pada pandangan saya, sekiranya kita tidak tahu dan tidak pernah melalui atau mengikuti sesuatu perkara atau aktiviti tersebut, seharusnya kita tidak memberikan pandangan yg negatif. Cuba kaji dan teliti dahulu sebelum memberikan pandangan umum.
    sekian

    ReplyDelete