Friday, July 31, 2009

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat





Yang Amat Berhormat Dato'
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan ke-12








Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Latar belakang

Kehidupan peribadi




Rumah kediaman Nik Abdul Aziz



Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.[2] Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Pendidikan

Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir. Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.

Beliau juga pernah menuntut di:

* Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
* Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
* Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
* Universiti Deoband, India – 1952
* Universiti Lahore, Pakistan - 1957

Beliau mampu berkomunikasi dalam Bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.

Kerjaya politik

Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini. Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.

Kesihatan

Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung. Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.

Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.
“Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan.”

Kontroversi

* Menjelang pilihan raya 1999, Nik Aziz mengemukakan kiasan “Tak salah berkawan dengan syaitan.” untuk menjustifikasikan ‘perkahwinan’ parti PAS dengan DAP. Beliau juga menyifatkan ‘orang UMNO sama sahaja dengan orang utan’. Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan ‘‘Tuhan pun mencarut’’, ‘Tuhan gedebe’, ‘istikharah’ nak pilih UMNO atau Pas sama dengan istikharah nak zina ke nak kahwin’ selain ungkapan UMNO tidak Islam seperti yang sering dikatakannya.

* Pada 22 Jun 2009, Nik Aziz menarik balik desakan meletakkan jawatan terhadap Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan. Pasda 19 Jun 2009,beliau mendesak Nasharuddin meletakkan jawatan Timbalan Presiden PAS dan ahli parlimen Bachok.Polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan.

* Pada 21 Jun 2009, Nik Aziz dalam satu majlis ceramah politik di [[Manik Urai], Kelantan menyamakan perjuangan UMNO dengan ajaran sesat "Ayah Pin" dan komunis. Baginya itu adalah satu kiasan sahaja dan mengajak Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat secara terbuka .

Alamat

Menteri Besar Kelantan,
Pejabat Menteri Besar Kelantan,
Tingkat 1 & 2, Blok 1,
Kota Darulnaim,
15502 Kota Bharu,
Kelantan.

sumber: Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Protokol Yahudi : siri 4

Oleh : AMEER ABDULLAH

PBB sebagai Wasilah

Jadi bagaimanakah mereka akan sampai kepada tujuan mereka untuk menguasai dunia itu?. Caranya ialah melalui Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations. Kuasa PBB akan semakin bertambah dan mereka akan memerintah dunia melalui PBB. Semua kerja-kerja mereka akan dilakukan atas nama PBB dan tidak ada negeri lain yang akan dapat menghalang mereka.

Ada banyak tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka akan memulakan ini pada tahun 2000 dan pemimpin pertama mereka akan naik selepas Boutros Ghali atau selepas orang yang naik selepas Boutros Ghali. Pemimpin mereka yang akan naik pada masa itu ialah orang yahudi.

Salah satu dari tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka ingin menjadikan PBB semakin kuat ialah baru-baru ini Boutros Ghali meminta tiap-tiap negeri di dunia ini menghantarkan 1,000 orang tentera kepada PBB (Jumlahnya ialah 160,000) dan semua tentera ini akan diletakkan di bawah kuasanya. Ini akan menjadikan beliau salah seorang dari orang yang paling kuat di dunia dan ditambah pula dengan kekuatan moral yang ada di belakang PBB kerana semua tindakannya akan dilakukan atas nama PBB, bukan atas nama sesebuah negeri. Dan ini hanyalah sebagai permulaannya sahaja. Ada banyak lagi tindakan-tindakan lain di dalam perancangan mereka untuk menguasai dunia.

Janji Allah Pasti Berlaku

Tetapi, apa yang harus kita ingat ialah janji kemenangan dari ALLAH untuk orang-orang yang beriman. Sama ada kita akan mengalahkan mereka sebelum mereka membina kerajaan mereka, atau mereka akan dapat menubuhkan kerajaan mereka dahulu dan kita akan mengalahkan mereka selepas daripada itu hanya ALLAH sahajalah yang Maha Mengetahui.

Ada banyak ayat-ayat ALLAH di dalam Al Quran yang menceritakan tentang kerja-kerja jahat orang yahudi. Kerja-kerja jahat mereka itu adalah besar dan bercorak antarabangsa, bukan untuk merosakkan tempat-tempat tertentu sahaja.

Firman ALLAH, maksudnya:
“Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu (Lauh Mahfudz): ‘Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.’

Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu. Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti tertaksana.

Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar.

Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuh kamu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.
Mudah-mudahan Tuhanmu akan melimpahkan rahmat(Nya) kepadamu; dan sekiranya kamu kembali kepada (kedurhakaan) , nescaya Kami kembali (mengazabmu) dan Kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman.’ (Al Israa’: 4-8)

Dalam bahagian yang lain pula, ALLAH berfirman, maksudnya:
“Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Musa sembilan buah mu’jizat yang nyata, maka tanyakanlah kepada Bani Israil, tatkala Musa datang kepada mereka, lalu Fir’aun berkata kepadanya: ‘Sesungguhnya aku sangka kamu, hai Musa, seorang yang kena sihir’.
Musa menjawab: ‘Sesungguhnya kamu telah mengetahui, bahawa tiada yang menurunkan mu’jizat-mu’jizat itu kecuali Tuhan Yang memelihara langit dan bumi sebagai bukti-bukti yang nyata; dan sesungguhnya aku mengira kamu, hai Fir’aun, seorang yang akan binasa’.
Kemudian (Fir’aun) hendak mengusir mereka (Musa dan pengikut-pengikutny a) dari bumi (Mesir) itu, maka Kami tenggelamkan dia (Fir’aun) serta orang-orang yang bersama dia seluruhnya, dan Kami berfirman sesudah itu kepada Bani Israil: ‘Diamlah di negeri ini, maka apabila datang masa berbangkit, nescaya kami datangkan kamu dalam keadaan bercampur baur (dengan musuhmu).”
(Al Israa’: 101-104)

Manakala hadith pula, ada satu sabda Rasulullah (saw), yang maksudnya:

“Hari Qiamat tidak akan datang sebelum umatku berperang dengan orang-orang yahudi. Orang-orang Islam akan membunuh orang-orang yahudi. Bahkan pada masa itu, batu-batu dan pokok-pokok pun akan memberitahu orang-orang Islam, “Wahai Muslim, wahai hamba ALLAH, ada yahudi bersembunyi di belakangku, datang dan bunuhlah dia,” kecuali ‘Al Gharkat’. Sesungguhnya Al Gharkat itu adalah pokok yahudi.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekarang ini kita boleh dapati banyak sekali pokok-pokok gharkat ditanam di Israel. Jadi kita dapat lihat bahawa yahudi pun percaya kepada hadith-hadith Rasulullah (saw).

Ada satu kejadian yang berlaku di Israel pada tahun 1967, setelah mereka berjaya menawan Al Aqsa. Menteri pertahanan Israel pada masa itu, Monshe Dayan, pergi melawat salah satu tempal yang baru mereka tawan. Ada seorang budak muda di situ yang melaungkan kepada Moshe Dayan bahawa mereka akan melawan dan mengalahkan Israel. Lalu dijawab oleh Moshe Dayan,

“Bukanlah kami tidak mempercayai Nabi kamu, tetapi bukan kamu yang akan kalahkan kami.”

Maksudnya, orang-orang Palestin sahaja tidak akan dapat mengalahkan Israel, tetapi orang-orang Islamlah yang akan dapat mengalahkan mereka kelak, Insha ALLAH.

Para mufassirin dahulu tidak ada yang meramalkan bahawa yahudi akan naik kembali setelah mereka dikalahkan oleh orang-orang Islam. Mereka menafsirkan ayat yang mengatakan yahudi akan berkuasa dua kali dan kemudian dikalahkan itu sebagai, yang pertamanya, ketika Babylon menyerang orang-orang yahudi dan menawan tiga puak yahudi (daripada 12 puak) dan membawa mereka ke Babylon. Kali kedua pula menurut mereka adalah ketika Babylon atau Rom memusnahkan Palestin. Tidak pernah terfikir oleh mereka bahawa Islam akan dijatuhkan setelah ia naik untuk kali pertamanya dan yahudi akan dapat menguasai Palestin kembali.

Tetapi para mufassirin sekarang berpendapat bahawa kali pertama yahudi berkuasa itu adalah ketika sebelum kenaikan Islam di Madinah dahulu dan kali keduanya ialah sekarang dan InsyaAllah kitalah yang akan memusnahkan mereka pada kali ini seperti yang telah disebut di dalam hadith Rasulullah (saw) itu tadi.

Protokol Yahudi : siri 3

Oleh : AMEER ABDULLAH

Objektif Yahudi

Tujuan kaum yahudi itu ialah untuk menubuhkan satu kerajaan yang akan menguasai seluruh dunia dan mereka sendiri menguasai kerajaan tersebut. Kerajaan itu akan diketuai oleh seorang ‘dictator’ atau pemimpin kuku besi, dan doa akan dibantu oleh dua orang penolong.

Mereka akan menukar sistem cukai daripada cukai pendapatan (income tax) kepada cukai harta atau simpanan (property tax). Sistem cukai ini adalah bersamaan dengan sistem zakat kita tetapi mungkin kadar yang akan mereka gunakan adalah jauh lebih tinggi daripada kadar zakat. Mereka akan gunakan sistem cukai itu kerana mereka tahu sistem zakat Islamlah yang paling baik, dan sistem yang ada sekarang ini hanya akan membawa kepada kemusnahan dan kehancuran. Jadi apabila mereka memerintah kelak, walaupun penuh dengan kekejaman dan pemerasan, orang akan berkata bahawa sekurang-kurangnya sistem yang ada sekarang ini adalah lebih baik daripada sistem yang ada dahulu.

Pandangan Terhadap Manusia Lain

Mereka cukup memandang rendah dan hina kepada manusia-manusia lain. Mereka memandang manusia sebagai haiwan yang hanya mengikut hawa nafsu mereka. Melalui analisa psikologi yang mereka lakukan, Protocols itu mengatakan bahawa manusia lebih cenderung untuk melakukan kejahatan daripada kebaikan.. Ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Mengikut Islam, manusia adalah lebih cenderung untuk melakukan kebaikan daripada kejahatan. Hanya apabila dipaksa, baru mereka akan terpesong dari jalan yang benar. Protocols itu juga menyebut bahawa manusia bila berada dalam satu kumpulan, kelakuan mereka akan berubah mengikut kumpulan itu. Kuasa dari satu kumpulan itu adalah satu kuasa yang cukup kuat dan boleh memusnahkan apa saja jika kita pandai menguasainya.

Kandungan Risalah Freemason


Jika dibandingkan dengan Protocols, risalah-risalah Freemason adalah lebih umum dan tidak sejelas seperti Protocols. Ini adalah kerana Protocols itu hanya untuk bahagian atasan sahaja, manakala risalah Freemason pula adalah untuk mereka-mereka yang masih di peringkat bawah. Mereka tidak mahu mendedahkan tujuan jahat mereka kepada ahli-ahli yang masih baru. Jadi, risalah-risalah Freemason ditulis dengan lebih berhati-hati, ditulis seolah-olah mereka bertujuan baik dan sebagainya.

Contohnya: Mungkin dalam risalah Freemason, ditulis bahawa manusia akan jadi lemah dan tidak dapat bekerja selepas daripada peperangan demi peperangan, dan tamaddun akan musnah melalui peperangan. Dari sudut ini kita akan nampak seolah-olah mereka bersimpati dengan nasib manusia, tetapi hanya bahagian atasan sahaja yang memahami akan maksud sebenar tulisan itu; iaitu peperangan ialah cara yang boleh mereka gunakan untuk mencapai tujuan mereka untuk menguasai dunia, negeri yang sedang berperang akan terlalu sibuk untuk memikirkan masalah lain dan selepas perang pula mereka akan jadi lemah. Jadi peperangan akan memudahkan lagi mereka mencapai tujuan jahat mereka.

Menyembunyikan Manusia dan Sejarah Kegemilangannya

Satu lagi cara ialah mereka menyembunyikan manusia dari sejarah manusia itu sendiri, dari sejarah mengenai kejayaan dan pencapaian manusia di zaman silam. Ini adalah kerana sebuah negeri yang tahu bahawa mereka dahulu adalah sebuah negeri yang kuat akan tebih yakin dengan diri mereka dan dengan sendirinya akan menjadi lebih kuat dan sukar dikalahkan.

Begitulah sebaliknya dengan negeri yang tidak tahu akan sejarah kekuatan mereka Apabila kita tidak tahu sejarah kita, kita juga tidak akan tahu tentang pencapaian atau kekuatan kita di masa dahulu. Contohnya dari segi penulisan buku. Kita tidak akan tahu bahawa orang-orang Malaysia dahulu ada menulis buku-buku seperti seerah, fiqah dan Iain-lain. Bila kita membaca buku-buku seperti itu, kita akan merasakan bahawa ia datang dari luar. Perkara seperti ini akan membuatkan kita merasa rendah berbanding dengan kalau kita tahu bahawa kita mempunyai sejarah yang gilang-gemilang.

Protokol Yahudi : siri 2

Oleh : AMEER ABDULLAH

Asal Usul Protocols

Protocols ini merupakan satu dokumen yang dibentangkan dalam satu perjumpaan orang-orang yahudi pada tahun 1897 di Switzerland. Dokumen itu bagaimanapun, jatuh ke tangan pihak Rusia. Seorang Rusia kemudian menterjemahkannya ke dalam bahasa Rusia dan pada tahun 1905, mencetak buku itu di bawah nama ‘The Jewish Peril’ atau “Bahaya dari Kaum Yahudi”. Kemudian, pada tahun 1921, seorang wartawan British menterjemahkan pula buku itu ke dalam bahasa Inggeris.

Buku yang ada pada kita hari ini sekurang-kurangnya telah dua kali diterjemahkan, iaitu ke dalam bahasa Rusia dan kemudian ke dalam bahasa Inggeris. Jadi telah banyak makna-maknanya yang lari dari maksudnya yang asal. Apa yang disampaikan ini adalah gabungan daripada 2 terjemahan dalam bahasa Arab dan disemak pula dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris.

Sebelum pada itu, telah ada beberapa dokumen yang seumpama itu yang dijumpai pada tahun akhir 1770an (kurang pasti tarikh sebenar) Orang yang bertanggungjawab membawa dokumen itu ke Frankfurt telah mati dalam perjalanan. Dokumen itu dijumpai oleh polis Jerman yang kemudiannya telah menyerbu kuil-kuil yang digunakan sebagai tempat perjumpaan orang-orang yahudi itu. Di sana mereka menjumpai beberapa lagi dokumen yang seperti itu. Kuil-kuil itu kemudiannya ditutup dan sebarang perjumpaan di situ telah diharamkan.

Dokumen yang didapati pada tahun 1897 ini adalah lebih ‘detail’ daripada dokumen yang didapati pada tahun 1770an itu(kurang pasti tarikh sebenar). Pada tahun 1921, seorang wartawan British, Marsden, menterjemahkan pula buku itu ke dalam bahasa Inggeris.

Tiada Perubahan pada Plan Asal

Sejak daripada itu, pihak yahudi dan media-massa (yang juga dikuasai oleh yahudi) telah cuba menafikan kebenaran buku itu dan mengatakan ia hanyalah ciptaan orang Kristian untuk memburukkan nama orang yahudi.

Walau apapun dakwaan mereka, kalau kita perhatikan betul-betul apa yang berlaku di dunia hari ini, kita akan dapati banyak persamaan dengan dokumen tersebut. Nampak jelas bahawa mereka sedang mengikuti perancangan dalam dokumen itu selangkah demi selangkah. Sebab itulah Protocols ini cukup penting kerana ia memberikan kita rancangan-rancangan musuh untuk masa hadapan.

Ada beberapa sebab mengapa mereka tidak menukar perancangan mereka walaupun ia telah diketahui orang:

1) Sekarang ini adalah telah lewat bagi mereka untuk membuat apa-apa perubahan kepada perancangan mereka.

2) Sasaran utama mereka iaitu orangramai sama ada Islam atau Kristian, masih belum sedar dan sentiasa sibuk dengan kerja-kerja mereka seharian. Mereka sama ada tidak tahu tentang perancangan jahat yahudi itu atau mereka tahu tetapi tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang serius.

3) Kumpulan yahudi ini menganggap bahawa apa yang mereka buat itu adalah berpatutan kerana mereka adalah golongan minoriti dan sentiasa ditindas.

4) Sukar bagi mereka sekarang untuk membuat perancangan baru yang lebih baik dari yang telah ada sekarang. Jadi mereka akan terus menggunakan perancangan yang sedia ada.

Matlamat Menghalalkan Cara

Lebih kurang satu pertiga daripada Protocols itu menyentuh tentang psikologi manusia, satu pertiga lagi tentang apa yang mereka akan lakukan untuk mencapai matlamat mereka dan sebahagian Iagi ialah bagaimana mereka akan menubuhkan kerajaan mereka untuk memerintah dunia. Isi-isinya adalah lebih kurang sama dengan risalah-risalah Freemason. Freemason mempunyai kitab mereka sendiri iaitu “Morals And Dogmas”. Freemason ada 33 ‘degree’ dan bagi tiap-tiap degree itu, ketua mereka akan mengkaji sesuatu topik itu dan memberikan penyampaian kepada pengikut-pengikutnya.

Jadi ini menguatkan Iagi hujah bahawa Protocols itu memang dirancang oleh kaum yahudi dan mereka akan menggunakan apa saja tipu-helah dan kekejaman yang boleh mereka gunakan untuk mencapai tujuan mereka iaitu untuk menguasai dunia. Bagi mereka, mereka adalah satu kumpulan minoriti, jadi apa saja kekotoran atau kejahatan yang mereka gunakan adalah dibolehkan demi untuk mencapai tujuan mereka tersebut. Slogan mereka ialah ‘matlamat menghalalkan cara’.

Protokol Yahudi :siri 1

Oleh : AMEER ABDULLAH

Dalam ruangan kali ini, fokus penulis ialah mengenai protokol Yahudi. Sebenarnya tulisan mengenainya boleh dikatakan banyak di pasaran. Cuma kita kurang memberi perhatian dan membacanya, dan bertindak mengikut kemampuan kita.

Allah SWT telah meletakkan satu garis pemisah yang jelas antara orang Islam dengan orang kafir. Firman ALLAH dalam Surah Al Kafirun, maksudnya:

“Katakanlah: Wahai orang-orang kafir! Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pemah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pemah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku.”

Garis pemisah ini adalah lebih jelas dan lebih keras lagi terhadap pemimpin-pemimpin orang kafir, mereka yang secara terang-terangan mernerangi orang Islam dan cuba merosakkan Agama ALLAH. Kalau kita benar-benar meneliti akan keadaan musuh-musuh Islam ini, kita akan dapati bahawa pemimpin-pemimpin sebenar mereka, yang merupakan perancang atau ‘master planner’ mereka, cukup menjaga rahsia dan sentiasa bersembunyi di sebalik tabir (very low profile).

Pemimpin Pak Turut

Pemimpin-pemimpin mereka yang biasa kita lihat itu adalah hanya sebagai pak turut atau ‘puppet’ yang hanya menurut perintah. Pemimpin-pemimpin yang tersembunyi atau master planner inilah yang sebenarnya memerintah dan memberi arahan dan mereka iniah yang perlu kita siasat dan fahami akan kerja-kerja dan perancangan jahat mereka.

Kebanyakan orang membuat silap dengan menyangka bahawa pemerintah yang ada sekarang inilah yang berkuasa. Contohnya Presiden Amerika Syarikat dikatakan sebagai jawatan yang paling berkuasa di dunia. Tetapi sebenamya presiden-presiden mereka hanyalah pak turut yang menurut perintah. Kita lihat telah banyak presiden yang bersilih ganti namun dasar dan sikap kerajaan mereka tidak banyak berubah. Ini adalah kerana pemimpin sebenar mereka yang tidak berubah. Sesiapapun yang menjadi presiden akan mematuhi arahan yang diberikan oleh master planner itu tadi. Jadi adalah cukup penting bagi kita untuk menyelidik akan pergerakan mereka ini.

Sumber Panduan Yahudi

Perancang-perancang ini mempunyai kitab-kitab mereka sendiri yang mereka jadikan sebagai panduan. Kitab-kitab mereka mengikut susunan dari yang kurang kejam kepada yang paling kejam adalah seperti berikut:

1) ‘Perjanjian Lama’ (Old Testament atauTaurat).

Walaupun kitab ini mereka panggil Taurat, tetapi kita tahu ia bukanlah Taurat yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Musa as, kerana di dalamnya terdapat cukup banyak perubahan yang mereka lakukan yang sama sekali bertentangan dengan Kitab ALLAH SWT. Antara isinya ialah mereka mengatakan bahawa ALLAH itu pelupa, menghukum manusia dengan tidak adil, cuba mengekalkan manusia di dalam kejahilan dan macam-macam lagi kekejaman yang mereka tuduhkan kepada ALLAH SWT.

2) Talmud.

Talmud adalah kumpulan tulisan pendita-pendita Yahudi. Mereka mendakwa bahawa tulisan-tulisan itu adalah kata-kata Nabi Musa (as). Talmud pula terbahagi kepada dua iaitu:

a. Talmud Babylon – ditulis oleh yahudi-yahudi yang berada di Babylon yang ditindas oleh kerajaan Babylonia. Dahulunya, ramai yahudi tinggal di Babil, Iraq. Mereka ditawan dari Palestin dan dibawa ke Babil untuk dijadikan hamba. Jadi kebanyakan kerja-kerja mereka dimulakan di Babil(Babylon) .

b. Talmud Jerusalem – ditulis oleh yahudi-yahudi yang berada di Jerusalem.

Talmud Babylon adalah Talmud yang lebih besar dan lebih penting (40 Vol.). Kitab Talmud ini adalah jauh lebih kejam daripada Taurat tadi. Kitab ini memandang manusia sebagai haiwan dan ia membenarkan segala kekejaman yang dilakukan terhadap manusia, kecuali terhadap orang Yahudi. Mereka juga mengaitkan segala perkara buruk yang mereka boleh kaitkan terhadap ALLAH SWT.

3) Kabala.

Kabala dipercayai sebagai sebahagian daripada Talmud tetapi isi-isinya adalah jauh lebih buruk dari isi Talmud.

4) Protocols

Protocols adalah yang paling kejam antara kitab-kitab yahudi. Antara isi-isi Protocols ialah garis kasar mengenai perancangan mereka atau apa yang ingin mereka capai, cara-cara (wasail) yang akan digunakan untuk mencapai matlamat mereka, dan juga analisa mengenai psikologi manusia.

Protocols adalah yang paling kejam antara kitab-kitab yahudi. Antara isi-isi Protocols ialah garis kasar mengenai perancangan mereka atau apa yang ingin mereka capai, cara-cara (wasail) yang akan digunakan untuk mencapai matlamat mereka, dan juga analisa mengenai psikologi manusia.

The Sharpest View of the Sun



The Sharpest View of the Sun
Credit: SST, Royal Swedish Academy of Sciences

Explanation: This stunning image shows remarkable and mysterious details near the dark central region of a planet-sized sunspot in one of the sharpest views ever of the surface of the Sun. Just released, the picture was made using the Swedish Solar Telescope now in its first year of operation on the Canary Island of La Palma. Along with features described as hairs and canals are dark cores visible within the bright filaments that extend into the sunspot, representing previously unknown and unexplored solar phenomena. The filaments' newly revealed dark cores are seen to be thousands of kilometers long but only about 100 kilometers wide. Resolving features 100 kilometers wide or less is a milestone in solar astronomy and has been achieved here using sophisticated adaptive optics, digital image stacking, and processing techniques to counter the blurring effect of Earth's atmosphere. At optical wavelengths, these images are sharper than even current space-based solar observatories can produce. Recorded on 15 July 2002, the sunspot shown is the largest of the group of sunspots cataloged as solar active region AR 10030.

Thursday, July 30, 2009

Bersabarlah dalam berdakwah.. Jangan tergopoh2

Teringat saya dengan cerita pedoman menarik yang ingin saya kongsi bersama dengan semua . Kisah ini saya petik daripada siri pengajian saya bersama dengan Fadhilatul Syeikhuna Al-Allamah Al-Adib Dr Fathi Abd Rahman Ahmad Hijazi hafizahullah , salah seorang ulama al-Azhar al-Syarif. Kami belajar kitab Syarah Qatrunnada (Ilmu Tatabahasa Arab @ Nahwu) dan Kitab Balaghah Wadihah setiap minggu bersama beliau di sebuah tempat pengajian bertentangan dengan pintu hadapan Universiti al-Azhar al-Syarif.


Kelas pengajian bersama beliau sangat menarik kerana guru kita yang mulia ini bukan sekadar memberikan input pengajian yang sangat bermanfaat , malah turut menyampaikan cerita-cerita menarik buat tatapan. Hebatnya guru kita ini, setiap cerita yang disampaikannya pasti ada kaitan dengan tajuk perbincangan yang akan dibincangkan di dalam kitab yang akan dibacakan.Walaupun Syeikhuna merupakan tenaga pengajar di Kuliyah Bahasa Arab Universiti al-Azhar, namun kehebatan beliau terserlah di dalam semua bidang ilmu Islam.Baik Fiqhnya, Tafsirnya, Hadisnya , Tasawufnya dan lain-lain. Inilah hasil keluaran al-Azhar terdahulu yang belajar satu persatu ilmu Islam bukan hanya sekadar berpada dengan silibus-silibus pelajaran yang sebahagiannya dibaca untuk peperiksaan semata-mata.


Oleh sebab itulah, kata-kata sebahagian penuntut di Universiti al-Azhar “ al-Azhar hanya menekankan manhaj Faham dan Hafaz” adalah merupakan ungkapan yang paling tidak enak didengar oleh telinga penuntut seperti saya. Konsep Faham dan Hafaz bagaimana yang golongan ini maksudkan saya tidak pasti. Hasil daripada konsep kefahaman sebeginilah menyebabkan seseorang tersebut tidak benar-benar memahami Manhaj sebenar al-Azhar.


Bukan ini yang saya ingin ceritakan sebenarnya. Sampai masanya kita akan bincangkan tentang manhaj al-Azhar . Kembali kepada cerita yang ingin saya sampaikan.


Saya kira cerita ini sangat elok untuk difikirkan bersama kerana ianya berkisar tentang konsep dakwah secara berhikmah. Mungkin boleh juga saya klasifikasikan cerita ini seperti tajuk yang diletakkan oleh al-Fadhil Ustaz Hasrizal Jamil @ SaifulIslam.com “ Jiwa Dai’e , Otak Faqih”.


Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.


Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.


“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.


“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.


Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.


“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.


Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.


Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.


Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.


Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.


Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.


“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.


“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”


“Permintaan apa itu wahai tuan?”


“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.


Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.


“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.


“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.


“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.


“Benar Tuan Syeikh”


”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.


Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.


“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.


“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.


Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.


Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”


“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”


“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”


“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.


“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”


“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.


“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”


“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.


“Ya benar Tuan”


“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.


Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.


Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.


Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.


Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.


Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.


“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.


“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”


“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.


“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”


Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.


“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”


“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.


“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.


“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.


Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.


Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.


Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.


Kenapa perlu terburu-buru? Biar berperingkat tapi hasilnya Allah sahaja yang tahu.


Kami menantikan lagi kisah tauladan daripadamu wahai Syeikhuna Yang Mulia.


Wallahu a’lam.


Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah, Hayyu 10,
Kaherah Mesir.

Terperangkapkah kita??

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata,

"Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.

Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok pada mulanya, dan sangat sukar untukmengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, ZINA tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, HIBURAN yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup, AMALAN RASUAH menjadi satu kebiasaan, dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham murid-murid?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan melalaikan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. mereka telah banyak mengalami kekalahan dalam peperangan. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam.. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya...

Kerana Allah, Demi Islam, Kita Berjuang...


Beringatlah sahabat-sahabatku semua...ingatan ini juga buat diriku..

MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA...

MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN,HIBURAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..

ALLAH TAK TANYA KAMU BERJAYA ATAU TIDAK, TAPI ALLAH TANYA KAMU BUAT ATAU TIDAK.

INGAT!!

KITA UMMAT AKHIR ZAMAN..

SEDARKAN KAWAN2 DISEKELILING ANDA…

TIDAK KIRA APA LATAR BELAKANG SEKALIPUN..JANGAN SEMPITKAN DAN MEMILIH SASARAN DAKWAH KITA.

KENAPA??

HEY..SEBABNYA ISLAM FOR ALL… (^,^)v

by Ukhti Atirah

Mayat Baca YASIN

Oleh : Zailina Mahmud

"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la.... tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan saya semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah... .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Wednesday, July 29, 2009

Detik-detik akhir Rasulullah SAW

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan
menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita

Gerhana matahari satu peringatan

Oleh: PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Belum pun berpisah dengan bulan Rejab yang mengingatkan kita tentang kekuasaan dan keagungan Allah melalui peristiwa agung Israk dan Mikraj, kita dijodohkan pula dengan peristiwa gerhana matahari yang menyaksikan satu lagi tanda kebesaran dan keagungan-Nya.Selaku seorang Muslim, apatah lagi yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya peka dengan fenomena alam ini. Seterusnya berusaha memahami iktibar dan pengajaran di sebalik setiap yang berlaku.Ketahuilah, bahawa kejadian gerhana ini dijadikan oleh Allah bagi menakutkan hamba-hamba- Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya.

Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. (Matahari dan bulan itu) tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang ataupun kelahiran seseorang, tetapi Allah menakutkan hamba-hamba- Nya dengan kedua-duanya."

Allah mengingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan biasanya Kami tidak menghantar turun tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). (al-Israk: 59)

Adalah wajar kejadian gerhana dianggap sebagai suatu peristiwa yang menakutkan, kerana tiada siapa pun yang mengetahui apa yang Allah kehendaki daripada kejadian gerhana ini.Namun, cukuplah sabda Rasulullah SAW dalam khutbah gerhananya ini mengingatkan kita tentang kehebatan Allah dan peringatan-Nya yang tersirat di sebalik peristiwa ini: "Wahai umat Muhammad! Demi Allah! Sekiranya kalian mengetahui apa yang saya ketahui, sudah pasti kalian akan ketawa sedikit dan banyak menangis."

Malangnya, betapa ramai umat Islam pada zaman ini yang memandang remeh dan tidak gentar bertemu dengan kejadian gerhana ini. Sedangkan ia adalah saat-saat yang begitu mencemaskan penghulu sekelian manusia, Nabi Muhammad SAW.Berapa ramai yang leka dan asyik dengan pekerjaannya, sedangkan para salafussoleh begitu cemas dan gentar. Mereka berkejaran dan bersegera mengerjakan solat dan berdoa apabila menyaksikan fenomena ini sehinggalah kejadian yang mencemaskan ini berakhir.

Diriwayatkan, bahawa seorang Ahli 'Arifin bernama Tawus, apabila melihat kejadian gerhana matahari, beliau menangis ketakutan hingga hampir-hampir menemui maut. Beliau berkata, "Matahari itu lebih takutkan Allah daripada kita."Ikutan kita yang agung, Rasulullah SAW gementar dan luruh hatinya semasa melihat kejadian ini. Terdapat banyak hadis yang meriwayatkan tentang reaksi cemas Baginda tatkala berlaku gerhana matahari dan bulan.Di dalam Sahih Muslim diriwayatkan, ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW, terkejut dan bingkas bangun ingin mengambil selendangnya untuk dipakai tetapi terambil baju besinya kerana fikiran dan hatinya yang sibuk dan cemas memikirkan kejadian gerhana yang sedang berlaku.Baginda SAW menjadi begitu cemas kerana takut sekiranya Allah menurunkan bala atau mengisyaratkan akan berlakunya kiamat berikutan gerhana tersebut.Kebimbangan Nabi SAW ini menyebabkan Baginda memanjangkan doanya dan mencucurkan air mata, lebih-lebih lagi memikirkan nasib umatnya.

Hal ini disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al Syamail al Muhammadiah, Abdullah ibn 'Amru r.a berkata: "Pada masa Rasulullah SAW (hidup), pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW mengerjakan solat hinggakan seolah-olah Baginda SAW tidak akan rukuk (kerana terlalu lama berdiri). Kemudian Baginda SAW rukuk, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya."Kemudian Baginda SAW mengangkat kepalanya, seolah-olah Baginda SAW tidak akan sujud. Kemudian Baginda SAW sujud, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya (dari sujud). Kemudian Baginda SAW menghembuskan nafasnya dan menangis seraya berdoa:"Wahai Tuhanku! Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepada-Mu".Apabila Baginda SAW selesai melakukan solat dua rakaat, matahari terang kembali. Baginda SAW pun berdiri, lalu mengucapkan pujian kepada Allah. Kemudian Baginda SAW pun bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahiran seseorang. Apabila terjadi gerhana, bersegeralah kalian berzikir mengingati Allah".

Sesungguhnya Baginda SAW tidak mengalirkan air mata kerana dirinya sendiri, tetapi Baginda mengalirkan air mata semata-mata kerana mengenang dan kasihkan umatnya serta bimbang Allah akan mengazab mereka disebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan.Lihatlah betapa dalam dan suci kasih Rasulullah SAW terhadap umatnya. Walaupun berada dalam keadaan cemas dan ketakutan, Baginda SAW tidak pernah melupakan kita.Justeru, renungilah, apakah yang kita lakukan demi Baginda SAW? Apakah pengorbanan yang pernah kita lakukan demi mempertahankan agamanya yang tercinta?Allah SWT dengan segala keperkasaan dan keagungan-Nya, mampu menjadikan atau tidak menjadikan kejadian gerhana matahari dan bulan.

Namun, dari perspektif ilmu saintifik yang dicanang oleh sebahagian saintis moden mengatakan semua itu berlaku secara nature yang mesti berlaku mengikut kiraan ilmu bintang yang mereka cipta.Semuanya itu tidak diyakini dengan pasti, malah berdasarkan sangkaan semata-mata, menurut agakan dan ukuran fikiran mereka yang masih rendah. Sedangkan Nabi SAW menyebut bahawa matahari dan bulan adalah tanda kebesaran Allah dan peristiwa gerhana dijadikan oleh Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya.

Hikmah di sebalik kejadian gerhanaTerlalu banyak hikmah tersirat di sebalik kejadian ini sebagaimana yang banyak disebut oleh ulama. Di antaranya ialah:

1. Menzahirkan penguasaan dan pentadbiran Allah terhadap matahari dan bulan.

2. Menerangkan kejelikan dan kebodohan orang-orang yang menyembah matahari dan bulan.

Firman Allah yang maksud-Nya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, sekiranya benar kamu hanya beribadat kepada Allah. (al-Fussilat: 37)

3. Menggementarkan hati orang-orang yang berasa tenang dengan kelalaian dan dosa-dosa yang dilakukannya.

4. Memperlihatkan kepada manusia contoh-contoh peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat sebagaimana firman Allah: Maka (hari Kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. (al Qiyamah 7-9)

5. Menggambarkan Allah mungkin akan mengazab orang yang tidak berdosa.

Merenung hikmah-hikmah ini, terlintas di fikiran saya, apakah kejadian gerhana matahari yang Allah datangkan sejurus selepas sambutan Israk dan Mikraj merupakan peringatan daripada Allah kepada hamba-hamba- Nya yang masih lagi lalai dan belum juga insaf dengan segala maksiat yang dilakukan sama ada maksiat zahir atau batin.Sekalipun telah diperingatkan tentang kekuasaan-Nya melalui peristiwa Israk dan Mikraj?Apakah telah hampir masanya untuk Allah menunjukkan kehebatan dan kekuasaan-Nya yang sebenar? Moga-moga Allah menggolongkan kita di antara hamba-Nya yang sentiasa sedar dan terselamat daripada kemurkaan-Nya.

Amalan sunat semasa gerhana

Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana.Di antaranya ialah:

1. Solat dan berdoa.

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi".

2. Berzikir dan beristighfar.

Abu Musa berkata: "Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

3. Berlindung daripada azab kubur.

Diriwayatkan oleh Aisyah ra: "Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur."

4. Bersedekah.

Sabda Rasulullah SAW: "Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah."

5. Memerdekakan hamba.

Asma' ra berkata: "Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. "Dalam satu riwayat: "Gerhana bulan."

Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tinggalkanlah sunnah ahli bidaah kerana inilah jalan yang membawa kecelakaan di dunia dan akhirat.

Doa Sewaktu Bersujud dan Keistimewaannya

Oleh : Zamri Keciks
  • Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya. Sabda Rasulullah SAW; "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya." Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. "Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal , imam yang benar,ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
  • Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaanAllah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.
  • Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud;"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat." Mendengar itu para sahabat bertanya; "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?" Jawab baginda; "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?" Sahabat menjawab; "Dapat!" Rasulullah menyambung; "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (didunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu'."
KEISTIMEWAANNYA
  • Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud."
  • Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa.Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
Walahu 'aalam

Astro: Jangan Lupa Lirik ke Jangan Lupa ALLAH


Oleh : Mr. President

Ramai anak-anak muda hari ini sungguh teruja dengan rancangan Janga Lupa Lirik yang sedang hangat dipertotntonkan saban hari. Tidak cukup dengan 'live', ada pula siaran ulangan, berminggu-minggu lamanya. Sehingga kita semua sanggup makan dan minum di hadapan kaca-kaca televisyen. Kerana semata-mata hendak melihat para peserta ingat ke tidak lagu tersebut.

Sungguh malang nasibnya jika tidak dapat meningati lirik lagu tersebut. Terpakasa di'kick' keluar awal-awal. Dah tu siap menangis lagi kerana tidak dapat meneruskan hingga akhir.

Adakah kita juga akan menangis jika Allah lupa pada kita? Adakah kita ingat lirik lebih daripada kita ingat Allah? Menangiskah kita jika Allah humbankan kita ke dalam neraka disebabkan kita lupa Allah dan kita hanya ingat lirik semasa di dunia?

Ingatlah wahai saudara-saudara ku semua, jika kita lupa Allah, Allah lebih-lebih lagi lah akan lupa pada kita sehingga kita akan lupa pada diri kita sendiri. Apa yang hebat sangat dengan rancangan jangan Lupa Lirik sehingga kita semua teruja menontonya? Hmm...tidak ada rancangan Jangan Lupa Allah SWT ke?. Kita dilalaikan dengan agenda-agenda tersebut yang kita lupa dari meningati Allah. Sehingga kita semua boleh bercakap-cakap dan memberi komen sesama rakan-rakan di tempat kerja, di sekolah dan sebagainya. Hebat sungguh kita, tetapi kepada perkara-perkara yang meningatai Allah, kita semua diam dan segan hendak memperkatakannya.

Macam mana kita mendakwa kita ingat Allah, sedangkan kita tidak menutup aurat. Sebab Allah wajibkan kita semua menutup aurat dalam setiap apa yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri merubahnya. Anda mampu mengubahnya ke arah yang lebih baik.


Pisang dan Hati...

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!

by Sejenak Bersama Kopi Panas @ atirah85.blogspot

Tuesday, July 28, 2009

Salam Ukhuwah

"Dan tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat (menghambakan diri) kepada Aku"

Secara asasnya, tugas manusia di dunia ini adalah untuk tunduk mengikut segala perintah Allah SWT. Walaubagaimanapun, manusia yang sedar akan hakikat ini dan mengakuinya serta berikrar untuk melaksanakannya hanyalah sebahagian daripada manusia sahaja iaitu mereka yang menerima Islam sebagai agamanya. Manakala sebahagian yang lain, tidak sedar akan hakikat ini dan seterusnya memilih jalan sendiri dan merangka tanggungjawab sendiri untuk hidup di dalam dunia ini iaitu mereka yang Kafir.

Namun, hakikatnya daripada sebahagian manusia yang mengaku Islam hanya segelintir sahaja yang mengakui terma-terma kehidupan yang telah ditetapkan oleh Allah Rabbul Jalil dan tunduk dan patuh melaksanakannya. Sedang segelintir yang lain samada sedar akan terma-terma atersebut atau tidak telah mengabaikan dan mengikut wadah kafir dengan merangka tujuan hidup sendiri.

Renungkanlah diri kita. Dimanakah kita ketika ini samada yang muda atau yang telah berusia. Maut tak mengenal usia. Peluang yang kita ada untuk tunduk dan patuh dengan terma-terma kehidupan Ilahiah hanya terbuka antara baligh dan maut. Ada jaminankah bahawa esok kita masih bernyawa? Tiada siapa yang berani memberi jaminan. Namun manusia masih terus lalai....

Ya Allah... Kau ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa ahli keluargaku dan dosa sekelian muslimin.. Kau berilah kami hidayah dan petunjukMu dalam kami meniti hidup ini agar kami tidak lalai dari perintahMu.. Sesungguhnya kami lemah... sesungguhnya kami jahil... Amin