Tuesday, July 28, 2009

Salam Ukhuwah

"Dan tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat (menghambakan diri) kepada Aku"

Secara asasnya, tugas manusia di dunia ini adalah untuk tunduk mengikut segala perintah Allah SWT. Walaubagaimanapun, manusia yang sedar akan hakikat ini dan mengakuinya serta berikrar untuk melaksanakannya hanyalah sebahagian daripada manusia sahaja iaitu mereka yang menerima Islam sebagai agamanya. Manakala sebahagian yang lain, tidak sedar akan hakikat ini dan seterusnya memilih jalan sendiri dan merangka tanggungjawab sendiri untuk hidup di dalam dunia ini iaitu mereka yang Kafir.

Namun, hakikatnya daripada sebahagian manusia yang mengaku Islam hanya segelintir sahaja yang mengakui terma-terma kehidupan yang telah ditetapkan oleh Allah Rabbul Jalil dan tunduk dan patuh melaksanakannya. Sedang segelintir yang lain samada sedar akan terma-terma atersebut atau tidak telah mengabaikan dan mengikut wadah kafir dengan merangka tujuan hidup sendiri.

Renungkanlah diri kita. Dimanakah kita ketika ini samada yang muda atau yang telah berusia. Maut tak mengenal usia. Peluang yang kita ada untuk tunduk dan patuh dengan terma-terma kehidupan Ilahiah hanya terbuka antara baligh dan maut. Ada jaminankah bahawa esok kita masih bernyawa? Tiada siapa yang berani memberi jaminan. Namun manusia masih terus lalai....

Ya Allah... Kau ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa ahli keluargaku dan dosa sekelian muslimin.. Kau berilah kami hidayah dan petunjukMu dalam kami meniti hidup ini agar kami tidak lalai dari perintahMu.. Sesungguhnya kami lemah... sesungguhnya kami jahil... Amin

No comments:

Post a Comment