Monday, October 12, 2009

BINGKISAN DARI YAMAN

Hari Kemarahan Antarabangsa Bagi Pertahan Al-Aqsa
Oleh: Imran al-Malizi
(imran_almalizi@yahoo.com)

Hari Jumaat minggu lalu (13 Syawal 1430), adalah Hari Kemarahan Antarabangsa untuk mempertahankan Masjid-Aqsa sebagaimana yang dianjurkan oleh Ketua Majlis Jawatankuasa Yayasan Al-Quds Antarabangsa, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi bersempena memperingati tahun ke-9 Intifadhah al-Aqsa (Disember 2000).

Syeikh Abdul Majid al-Zindani, pemimpin parti Islah di Yaman telah membidas secara keras para pemimpin di negara-negara Arab kerana sikap mereka yang berpura-pura tidak mengetahui kegiatan pencerobohan yang sedang berlaku di Masjid al-Aqsa pada ketika ini.

Beliau berkata demikian dalam khutbah jumaat yang disampaikan pada minggu lalu di Masjid al-Rahman di ibu negara Sana'a, khusus membicarakan isu Palestin dan kehormatan ibu kota al-Quds (Baitul-Maqdis).

Beliau juga menegaskan bahawa para pemimpin Arab tersebut tidak mempunyai apa-apa kehendak melainkan hanya tunduk menurut segala kemahuan dan arahan pihak musuh (regim Zionis). Tambahnya lagi, "Sesungguhnya mereka itu lemah dalam berhadapan dengan kepungan dan penjajahan negara-negara asing ke atas diri mereka sendiri."

Menurut beliau, kelemahan tersebut berpunca kerana perpecahan di kalangan umat Arab itu sendiri. Katanya, "Ini kerana kita berpecah dan terbahagi kepada negara-negara yang kecil dan lemah."

Syeikh al-Zindani menyarankan agar diwujudkan kesatuan di kalangan bangsa Arab atau kesatuan atas nama Islam. Ini bakal menjadikan isu Palestin ini dipikul secara bersama oleh umat Islam di seluruh dunia.

Setelah solat jumaat, satu demonstrasi secara besar-besaran telah diadakan di Dataran Sab'een. Rakyat dari segenap lapisan telah datang dari seluruh masjid di Sana'a yang mana khutbah jumaat di kesemua masjid pada hari itu menyeru kepada kebangkitan umat untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Dalam perhimpunan rakyat tersebut, Syeikh Sodeq al-Ahmar, presiden sebuah badan bertindak bagi membantu rakyat Palestin, telah berucap dengan menyeru para pemimpin negara-negara Arab agar bersama dengan pendirian rakyat di negara masing-masing. Supaya mereka berada pada satu pendirian dalam menangani isu Palestin.

Beliau menegaskan bahawa hubungan politik beberapa negara Arab dengan Israel tidak akan memberi apa-apa manfaat selain kehinaan dan kelemahan. Oleh itu, beliau menuntut agar segala bentuk hubungan itu dihentikan serta-merta. Usaha yang dilakukan ini bakal meniupkan ruh perjuangan dalam diri umat dan mengarahkan segala kekuatan pada saluran yang tepat.

Kata beliau lagi, "Jika bukan kerana kesungguhan rakyat di seluruh dunia Arab, umat Islam dan ketahanan para perwira Palestin nescaya tidak terlaksana penentangan rakyat Palestin bagi meraih kemenangan, yang mana dicapai dalam situasi yang getir, pengorbanan yang berat, sungai darah yang ditumpahkan mengalir di seluruh bumi Palestin.

Ini menuntut negara-negara Arab dan Islam yang menjalinkan hubungan dengan regim zionis agar mempertimbangkan semula pendirian mereka dan berpihak kepada kemahuan rakyat dalam menyokong usaha penentangan rakyat Palestin dan membekalkan mereka dengan bantuan kewangan dan senjata sebagai satu-satunya pilihan untuk mendapatkan kembali hak yang telah dirampas."

Umat Islam juga perlu diberikan kesedaran betapa usaha kotor yang sedang dilakukan oleh regim zionis untuk merobohkan Masjid al-Aqsa perlu diberikan perhatian serius. Para khatib juga diseru agar terus-menerus menjadikan isu Palestin dan keutamaan Masjid al-Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam sebagai tajuk utama khutbah di seluruh dunia Islam bagi menyuntik kesedaran ke dalam dada umat.

Para ulama dan pendakwah juga diseru agar memainkan peranan dan menjalankan kewajipan mereka terhadap apa yang sedang berlaku di bumi Palestin yang berada di bawah penjajahan pada ketika ini. Juga mereka perlu memainkan peranan yang penting dalam menangani bahaya yang sedang mengancam umat Islam di negara masing-masing. Segala unsur-unsur yang menyelewengkan dan menjauhkan umat daripada memberikan perhatian kepada isu-isu Islam perlulah diatasi.

Para pembesar dan pemerintah di negara-negara dunia Islam juga perlu mengenepikan segala pertelingkahan dan perbezaan pendapat dengan golongan-golongan berhaluan Islam agar mereka berada pada satu saf dalam menangani masalah-masalah umat Islam.

Majalah berhaluan Islam al-Mujtama'a yang berpusat di Kuwait dalam keluaran 15-21 Ogos 2009 telah menyiarkan gambar pada kulit hadapannya replika Haikal (Kuil) Sulaiman yang ingin didirikan oleh regim zionis setelah dirobohkan Masjid al-Aqsa kelak.

Replika dengan skala yang besar itu dibawa khas ke tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa yang kini dikuasai oleh golongan Yahudi di mana mereka melaksanakan upacara-upacara ibadat mereka di situ.

Tajuk utama pada kulit majalah al-Mujtama'a itu berbunyi; "Wahai orang-orang yang tidur! Berwaspadalah kamu! Haikal Yang Diimpikan (Yahudi) telah pun sampai ke dataran Masjid al-Aqsa."

Pada muka surat 18-19, disiarkan beberapa gambar yang menunjukkan kerja-kerja pemasangan replika tersebut yang sedang dijalankan oleh para pekerja berbangsa Yahudi.

Tertulis kata-kata berikut di halaman 18: "Inilah dia Haikal (kuil) Yang Diimpikan (Yahudi), sesungguhnya orang-orang Yahudi telah membina replika yang berbentuk untuk mengambarkannya.

Gambar-gambar ini menunjukkan kerja-kerja memindahkannya ke Masjid al-Aqsa al-Mubarak, sebagai satu pengisytiharan untuk membinanya di atas bumi al-Aqsa dan di tengah-tengah datarannya, (replika itu) dibuat untuk tujuan pameran bagi orang-orang zionis (Yahudi). Sebagai satu permulaan untuk merobohkan Masjid al-Aqsa itu sendiri setelah mereka dapat menguasai keseluruhannya dan mendirikan Haikal yang Diimpikan.

Allah tidak mengizinkan untuk ia diruntuhkan menurut perancangan dan peraturan mereka, "..mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya." (al-Anfal: 30).

Gambar-gambar ini ditujukan kepada orang-orang yang tidur, orang-orang yang lalai, orang-orang yang tertutup (hatinya), orang-orang yang melakukan perdamaian dengan zionis!! Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dari Allah."

Thursday, October 8, 2009

Kisah Kasih Sayang

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.

Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah..

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.

Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.

Namun

adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.

Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa

sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.

Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."



Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.

Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut.. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

PADANG: Waktu Gempa Selari Surah & Ayat Al-Qur'an

Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Qurâan!

Demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah SWT. Demikian ayat-ayat Allah SWT tersebut:

17.16 (QS. Al Israaâ ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (QS. Al Israaâ ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber: eramuslim

Tuesday, October 6, 2009

Muafakat: Pimpinan PR di Bagan Pinang










Santai: Kisah Seram dan Wasiat

Kejadian Seram di Wad ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka... Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9..00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya. ..

Nenek Ani

Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani..

Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"

Monday, October 5, 2009

Abdul Azeez: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik 2009

Berita Harian Online 3/10/2009

Abdul Azeez ditumbuk penyokong lawan

PORT DICKSON: Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, mendakwa beliau ditumbuk oleh kira-kira sembilan penyokong parti lawan ketika melintas masuk ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sebentar tadi hingga mengalami kecederaan di leher kiri.

Manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, yang turut berada di situ sempat dilindungi oleh pengawal peribadinya.

Azeez berkata, beliau akan mendapatkan nasihat ketuanya sebelum membuat laporan polis dan akan mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

Sikap penyokong Pas tidak cerminkan Islam: TPM

PORT DICKSON: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sikap biadap penyokong pembangkang dari Pas yang memukul dan menumbuk penyokong Umno tidak melambangkan sikap parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini adalah contoh parti yang tidak beradab sedangkan pada masa yang sama ia mengaku memperjuangkan Islam.

"Mereka kata Islam itu berhemah, berbudi pekerti, berakhlak tinggi, bermoral tetapi nampaknya mereka ini tidak seperti parti Islam," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon Umno dan Pas di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson hari ini.

Beliau mengulas insiden Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, ditumbuk oleh penyokong Pas ketika sedang berjalan kaki menuju ke pusat penamaan calon pagi tadi.

Penyokong pembangkang juga cuba menyerang Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob tetapi beliau sempat dilindungi pengawal peribadinya.

Seorang penyokong Umno juga turut dipukul oleh penyokong Pas sehingga luka tetapi pihak polis ketika dihubungi masih belum menerima laporan dari mereka.

Muhyiddin juga melahirkan rasa kesal kerana sikap penyokong pembangkang ini sudah beberapa kali berlaku dalam pilihan raya sebelum ini dan penyokong yang mengakui diri mereka ini Islamik sebenarnya lebih gemar menggunakan taktik kotor, kutuk mengutuk dan fitnah menfitnah.

"Saya ada baca kenyataan Mursyidul Am (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat), dia kata kita kena berhemah, jangan kritik peribadi, dia cakap je tapi cakap tak serupa bikinlah, saya percaya Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak keselamatan mahukan pilihan raya ini berjalan dalam keadaan yang aman," katanya.

Muhyiddin berharap lebih ramai pengundi akan keluar untuk menunaikan hak mereka dan beliau tidak mahu penyokong pembangkang ini menimbulkan suasana ugutan dan ketakutan sehingga menyebabkan orang ramai tidak mahu keluar ke pusat mengundi.

"Mana ada laporan keluar Umno pukul orang...masa pilihan raya Puteri Umno kena baling batu, botol. Kita ikut tertib dan peraturan, budaya kita pun memang budaya yang baik dan selama ini pun kita amalkan mematuhi undang-undang," katanya. - Bernama

HARAKAH Online 5/10/2009


Bukti bergambar, Azeez bukannya ditumbuk!
Ustaz Idris Ahmad
Mon | Oct 05, 09

Laporan Ketua Pemuda Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

(Gambar1:Ketibaan Azeez dan rombongannya di kawasan penyokong PAS)

Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis.


(Gambar 2: Azeez disapa penyokong PAS)


Azeez disapa ketika mula tiba di kawasan penyokong PAS. Ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa. Rakaman gambar yang dibuat menunjukan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan.

(Gambar 3: Azeez dan rombongan berlaku pergi tanpa sebarang insiden)

PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat.

Namun rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.

Ketua Penerangan PAS Pusat_

*pelakon utamanya Ismail Sabri la....